Breaking News

JANGAN MAIN-MAIN DENGAN EMOSI WANITA



LELAKI...
#Jangan cuma mahu terima seorang wanita dalam keadaan cantik manisnya saja....#Belajarlah juga menerima dia ketika ribut melanda jiwa rapuhnya....
---------------------------------------------
Kes ibu kelar anak.
Kes ibu campak bayi dari rumah flat tingkat atas.
Kes meroyan.
Kes isteri lari dari rumah.
Kes emosi seorg wanita.
.
Saya mohon,
Masyarakat - khususnya suami dan keluarga terdekat jangan pandang remeh bila seorang wanita kelihatan sudah mula beremosi...
.
BANTULAH DIA.
.
Ratibkan zikir dan doa di dlm hati kita. Peluk...Pujuk.


Wanita ketika sedang penat atau tidak sihat sangat mudah beremosi. Wanita yang sedang emosi sangat perlukan perhatian.
JANGAN TINGGALKAN.
.
Kalau dia mahu luah perasaan,..biar dia luahkan.
Dengar saja...Jangan bantah apa2.
.
Wanita ketika sedang beremosi hanya perlu melepaskan apa yang terbuku di dadanya. Dia ingin keluarkan rasa sesak yg mengganggu.
.
Ketika ini, otaknya tepu...
.
JIWANYA BEKU.
.
Maka jangan masukkan apa2 lagi. Ini bukanlah masa yang tepat untuk memberikan nasihat, Apatah lagi utk berdebat.
.
Waktu seorg wanita sedang diamuk perasaan, syaitan berkerumun di sekelilingnya.
.
Waktu ini,...Setinggi mana pun ilmunya, Mungkin terbang entah ke mana.
.

Sekukuh mana pun imannya, Mungkin dia akan tewas juga.Jadi jangan marah seorg wanita ketika dia sdg marah.
.
BANTU DIA MELEPASI SAAT SUKARNYA.
.
Jangan umpan lagi kemarahannya hingga dia buat kesilapan yang akhirnya dia sendiri sesali. Tenangkan saja seorg wanita yang sdg dirasuk emosi.
.
PELUK....PUJUK...
.
Nanti bila dia sudah tenang, bila fikirannya sudah kembali rasional, bila apa yg tersumbat di dadanya sudah keluar, sudah lega....
.
NASIHATILAH DIA.
.
Insya-Allah ketika ini, nasihat kita masuk seperti air. Cair dan mengalir....
.
Seorang wanita itu dianugerahi ALLAH sifat yang sangat teliti.
.
Kerana teliti, dia boleh menguruskan banyak hal2 rumahtangga secara terperinci.
.
Namun kerana teliti juga, adakalanya dia menyusahkan diri sendiri. Hal2 yang kecil bagi seorg lelaki mungkin dianggap besar baginya.
.
TEGURLAH JIKA DIA BERSALAH...
.
Tapi tegurlah pada masa yg betul.
.

Sungguh sifat seorang wanita dan lelaki tidak sama. Kemampuan mengawal emosi juga tidak sama. Maka cubalah fahami perbezaan ini.
.
Insya-ALLAH....
.
Banyak masalah dan musibah dapat dijauhi...
.
Maka nasihatinya dgn kata2 yg baik."
.
LELAKI...
,
Jangan cuma mahu terima seorang wanita dalam keadaan cantik manisnya saja....
.
Belajarlah juga menerima dia ketika ribut melanda jiwa rapuhnya....
.
Terima org lain seadanya sepert mana dia juga menerima kita seadanya kita.
.
Insya-ALLAH...mudah melentur bahagia.


Penulisan Ustaz Mohamed Hanafiah Abdul Malek




No comments