Breaking News

ISTERI CURANG...BAGAIMANA MENGELAKNYA...?

1. Selalu berpenampilan menarik.
Selain isteri anda juga perlu jaga penampilan diri ketika berada di rumah. Tidak adil kika anda sahaja  meminta isteri berbuat demikian. Anda perlu sedar bahawa isteri anda juga ada "selera".

2. Kehidupan seks yang sihat.
Biarpun ramai di kalangan pasangan berusia berpendapat seks tidak lagi berada di tempat pertama tetapi tidak ada sesiapapun yang dapat menafikan kepentingannya. Belaian, sentuhan dan kata-kata yang lembut juga dikategorikan sebagai seks.
3. Waspada.
Jika anda terdengar cerita negatif tentang isteri anda, cuba siasat terlebih dahulu. Elak berdiam diri kerana ia bagaikan "membuka jalan" untuk isteri anda terus melangkah jauh.

4. Waktu hanya berdua.
Ramai yang anggap ini perkara remeh. Luangkan sekurang-kurangnya seminggu sekali untuk anda berdua agar hubungan lebih erat.

5. Hargai pasangan.
Biarpun telah lama berkahwin jangan bakhil untuk memuji, berterima kasih di atas apa jua yang isteri anda lakukan. Dia pasti akan lebih sayangkan anda.

6. Kurangkan ego.
Jika ada masalah yang sukar diselesaikan cari kaunselor atau orang tengah untuk meleraikannya. Buangkan sedikit ego untuk kebaikan anda berdua. Pokok dan bunga juga akan layu jika tidak disiram, dibelai dan dibaja.


ISTERI CURANG...BAGAIMANA MENGELAKNYA...?1. Selalu berpenampilan menarik.Selain isteri anda juga perlu jaga...
Posted by Rahsia Perkahwinan on Saturday, June 6, 2015

No comments