728x90 AdSpace

ARTIKEL BARU

15 February 2015

PETUA UNTUK MENGHILANGKAN BAU BADAN


Mungkin anda pernah mengalami situasi di mana rakan dan orang sekeliling menegur atau mengelakkan diri kerana badan berbau? Sekiranya keadaan ini dibiarkan, pasti sukar untuk anda membina keyakinan diri apabila berhadapan dengan teman-teman dan orang penting dalam hidup. Masalah bau badan sebenarnya dapat diatasi dengan beberapa langkah mudah seperti di bawah ini.

1. Ketika mandi, gosokkan bahagian ketiak dengan hirisan limau purut atau limau nipis.

2. Mandi air perahan limau purut atau limau nipis yang dicampurkan dengan air putih

3. Usah menyembur minyak wangi pada baju kerana ini akan membuatkan bau badan semakin kuat. Sebaliknya sapukan sedikit bancuhan kapur makan pada bahagian ketiak.

4. Pilih mandian yang mempunyai anti bakteria. Ini dapat menghalang bakteria membiak yang menjadi punca bau badan.

5. Jangan sesekali memakai pakaian lembap kerana ini menyebabkan bakteria membiak.

6. Pilih deodoran yang bersesuaian

7. Petua orang lama, ketika mandi dalam keadaan mencangkung gosokkan ketiak pada lutut. Atau gosokkan belakang tangan di bahagian tulang punggung,seterusnya gosokkan bahagian ketiak. Ulangi langkah ini sehingga bau hilang, kemudian barulah badan disabun dan dibilas bersih.

8. Tumbuk daun jambu baru sehinggga lumat, jadikan sebagai lulur. Gosokkan pada seluruh tubuh badan terutama di bahagian ketiak dan celah kangkang. Biarkan 10-15 minit, bilas dengan air bersih. Lulur daun jambu baru bukan sahaja menhilangkan bau badan malah dapat juga menjadikan kulit licin dan lembut.

9. Mandi dengan kerap dan pakai pakaian bersih dan pilih material yang menyerap peluh dengan baik.

Sumber : Mingguan Wanita


  • Blogger Comments
  • Facebook Comments

0 comments:

Post a Comment

Item Reviewed: PETUA UNTUK MENGHILANGKAN BAU BADAN Description: Rating: 5 Reviewed By: rahsia perkahwinan
Scroll to Top