Breaking News

MENGAPA PH3.8 BEGITU PENTING PADA ANGGOTA PEMBERSIH PERIBADI WANITA

Wanita perlu menyedari bahawa seiring dengan hukum alam ciptaan Tuhan, kita yang prihatin dan berilmu perlu menerima hakikat bahawa bakteria/kuman adalah sebahagian daripada ciptaan-Nya. Ia berada di mana-mana, termasuk pada bahagian intim yang tidak terlihat oleh pandangan mata kasar.

Setiap wanita Islam diberi amanah dan wajar menyayangi dan menjaga kebersihan tubuh mereka sendiri.Untuk melakukanya pula, langkah awalan adalah dengan memahami dan peka kepada keperluan tubuh badan.




Dari kajian sains mendapati bahawa terdapat nilai pH yang berbeza bagi setiap bahagian tubuh manusia.Kulit dibahagian kepala, muka, kaki dan tangan mempunyai nilai pH yang berbeza antara satu sama lain. Maka kita akan mendapati produk yang berlainan bagi setiap bahagian tubuh.Wanita moden amat peka tentang hal ini dan kita akan mendapati mereka menggunakan pembersih yang berlainan pH bagi setiap bahagian tubuh, muka, kaki dan tangan serta kulit kepala.

Namun apa yang menyedihkan ialah masih terdapat sesetengah wanita yang terlupa tentang satu lagi pembersih yang juga berlainan pH dan memerlukan penjagaan yang lebih rapi. Sesetengahmereka hanya menggunakan sabun, gel mandian atau mencuci dengan air bersih malahan ada yang tidak mencuci langsung kawasan intim.

Kita tidak akan membeli kasut yang bersais 4 jika kaki bersais 7 bukan? Tentu sekali tidak sebab kita menyedari perbuatan itu hanya akan menyakiti diri sendiri dan juga ianya adalah suatu pembaziran.Begitu juga apabila kita bercadang untuk membeli pembersih peribadi, kita harus memilih hanya yang memiliki pH yang betul.(dalam kontek ini ialah pH 3.8 – 4.2)

Mengenali nilai pH untuk kawasan intim adalah cara yang terbaik untuk melindunginya, jika kita mengabaikan nilai pH yang digunakan bagi membersih kawasan ini hanya akan mengundang masalah iritasi, kegatalan dan jangkitan.

Hakikat yang perlu disedari bahawa kawasan intim yang dicipta oleh Allah swt tersembunyi dan memerlukan penjagaan yang lebih rapi.Ini disebabkan kawasan intim yang tersembunyi amat sensitif dan mudah terdedah kepada kelembapan dan geselan yang hanya akan meningkatkan kadar iritasi secara tidak langsung pH dibahagian tersebut.
Sabun, gel, shampu dan wangian bersifat alkali hanya akan menyebabkan kemusnahan kepada lapisan kulit dikawasan intim yang secara alami bersifat asidik. Selain itu ianya akan menganggu flora bakteria didalam faraj dan hanya sesuai untuk digunakan dikawasan tubuh yang lain.Kita tidak seharusnya memandang remeh tentang pemilihan pembersih peribadi dan jangan sekali-kali melupakan fakta pH yang sesuai bagi tujuan ini.Wang ringgit bukan menjadi ukuran namun amanah bagi kita menjaga kebersihan dan keseimbangan tubuh badan perlu diutamakan supaya tidak mendatangkan kemudaratan.
Fakta sains mendapati hanya asid laktik yang dikeluarkan oleh bakteria baik di dalam faraj menjadi benteng darpada serangan virus.Pengeluaran asid laktik berupaya mengawal naik turun persekitaran faraj bagi mengekalkan pH 3.8-4.2,maka adalah tidak benar sama sekali dakwaan sesetengah pengeluar produk yang tidak mengandungi laktik asid hanya herba,wangian,shampu,sabun,gel dll dapat mengekalkan pH faraj malahan disebaliknya terdapat bukti saintifik ia hanya akan menjurus kepada ketidakseimbangan dan jangkitan merbahaya seperti barah serviks,aids,herpes dan jangkitan kelamin seperti trikomonas,chlamydia dan gonorrhoea.

Tidak hanya berhenti disitu malahan terdapat banyak sekali dakwaan-dakwaan lain yang sama sekali tidak berasas yang hanya menguntungkan pihak pengeluar produk dan ini amat merugikan wanita selain ianya merbahaya jika tidak dikekalkan pH faraj. Perbuatan menyumbat dengan jari, alatan, ubatan atau jamu tanpa asid laktik hanya akan menganggu pH faraj. Alasan ubat antifungal boleh digunakan secara memasukan kedalam faraj, fakta sebenar ialah antifungal yang dibekalkan klinik mengandungi asid laktik dan selamat diguna.
Saya katakan bahaya disebabkan terdapat beberapa kajian yang dilakukan dinegara barat telah mengesahkan bahawa pH faraj yang meningkat atas sebab pengunaan produk dengan pH yang tidak sesuai hanya akan memudaratkan wanita dan komplikasi yang bakal dihadapi adalah berlakunya ketidakseimbangan bakteria yang akan membuka pintu kepada jangkitan virus bahaya seperti HIV,HPV dan jangkitan kelamin.
Nasihat kepada semua wanita yang dikasihi,setelah memahami fakta-fakta yang saya jelaskan dalam artikel ini,maka mulakanlah perubahan dari hanya fokus kepada penjagaan muka,tangan dan kaki, harus pula diberi tumpuan khas kepada bahagian intim yang amat penting ini dikekalkan persekitaran yang sesuai dan seimbang.Usah lah percaya pada iklan komersial dan mitos-mitos yang jelas tiada sandaran fakta demi amanah,keharmonian rumahtangga dan kesihatan yang baik. Pastikan pembersih peribadi yang dibeli mengandungi asid laktik dan pH 3.8-4.2, InsyaaAllah.


No comments