Breaking News

KENAPA LELAKI SUKA BERSUMPAH?


Cinta dan kasih sayang adalah anugerah ALLAH kepada hambaNYA. Sebaik sahaja hawa dijadikan, ALLAH telah menanamkan perasaan cinta dan kasih sayang ke dalam jiwa Nabi Adam untuk mereka saling mencintai. Perasaan yang melengkapkan kehidupan itu berterusan dalam diri manusia hinggalah kini. Namun ada kalanya cinta dan kasih sayang itu dikhianati dengan pelbagai cara oleh pasangan bercinta sama ada lelaki mahupun wanita.

Namun bila bicara soal cinta dan kasih sayang, wanita didapati lebih setia berbanding lelaki. Manakali lelaki pula lebih pandai memikat dengan kata-kata yang indah bagi menarik hati pasangan.


Dalam cubaan memikat, lelaki dikata gemar bersumpah dan menabur kata-kata manis demi mendapatkan apa yang dikehendaki. Malah mereka juga tidak rasa bersalah melafazkan sumpah andai mahu mengukuhkan sesuatu perkara yang dijanjikan. Andai ditanya kepada wanita, bolehkah mereka mempercayai sumpah seorang lelaki, pasti jawapannya sudah boleh diduga. Namun bagaimana pula dengan kaum lelaki sendiri andai ditanya soalan yang sama. Adakah mereka setuju atau sebaliknya. Jom kita lihat apa kata mereka.

SUMPAH SEJATI - Kamal Ariffin.
Sebagai lelaki saya kurang setuju dengan persoalan tersebut kerana saya tahu sumpah lelaki boleh dipercayai jika dia benar ikhlas dan jujur dalam semua perkara terutama pada kalimah cinta. Sekiranya seorang lelaki sudah jatuh cinta, dia akan sedaya upaya untuk mendapatkan cintanya.

Dia juga sanggup mengharungi semua cubaan dan masalah yang datang bagi mendapatkan cinta itu. Jadi tidak perlu dipersoalkan tentang sumpah seorang lelaki. Boleh saya katakan sumpah seorang lelaki ada kalanya boleh menjadi sumpah sejati. Kaum wanita tidak perlu khuatir dan jangan terlalu menuding jari kepada lelaki sahaja tanpa melihat kelemahan yang ada pada diri sendiri. namun saya tidak nafikan ada juga segelintir lelaki yang suka mengambil kesempatan dengan bersumpah dan menabur janji-janji palsu. Lelaki jenis ini kita gelar dia sebagai playboy atau buaya darat.


TIDAK SEMUANYA BOLEH DIPERCAYAI - Dafi
Walaupun saya seorang lelaki, saya lebih suka bersikap adil tanpa menyebelahi mana-mana pihak. Sumpah seorang lelaki ada kalanya boleh dipercayai dan ada juga yang tidak boleh dipercayai. Ia bergantung pada sikap seseorang dan sebab mengapa dia bersumpah.

Ada kalanya seornag lelaki itu akan bersumpah untuk mendapatkan sesuatu, walaupun dia sendiri tidak tahu kebenaran sumpahnya itu. Ini selalunya terjadi dalam dunia percintaan. Dia terpaksa bersumpah bohon untuk tidak merumitkan lagi keadaan dan tidak mahu orang yang dicintai terlepas pada orang lain.

Namun ada juga yang benar-benar ikhlas dan sumpahnya boleh dipercayai. Lelaki sebegini selalunya seorang yang lurus dan berpegang kuat pada agama. Manakala lelaki yang boleh dilabelkan sebagai kaki perempuan atau berhidung belang sumpahnya susah nak dipakai. Lelaki sebegini hanya bersumpah untuk memperdayakan orang lain dan hanya mementingkan diri sendiri. Golongan ini juga sebenarnya mencemarkan nama baik lelaki lain ibarat kerana nila setitik rosak susu sebelanga.

HANYA KERANA ALLAH - Zulqarnain Abu Hassan
Ada sumpah yang boleh dipercayai dna juga sebaliknya. Sumpah tidak semestinya berkaitan dengan cinta. Kalau lelaki itu solatnya istiqamah lima waktu sehari semalam, maka sumpahnya boleh dipercayai.

Biasanya mereka yang menjadikan agama sebagai keutamaan insya ALLAH apa yang dilafazkknya boleh dipercayai. Ini kerana setiap kali dia bersumpah pasti dia akan teringat kepada ALLAH dan secara tidak langsung membatasi atau menghalanya daripad amelazazkan sumpah yang sia-sia atau bohong.

Rujukan : Mingguan Wanita Ogos 2013

No comments