728x90 AdSpace

ARTIKEL BARU

02 February 2015

BUKAN SUAMI SAJA...ISTERI JUGA HARUS ROMANTIK

Semua wanita menginginkan pasangan yang menjadi pendamping hidup mereka. Seorang lelaki yang romantik sekiranyanya boleh seromantis watak lakonan Richard Gere dalam filem Pretty Woman yang ditonton ramai. Sememangnya itulah lelaki yang didambakan ramai wanita.

Romantik memang sifat yang dikaitkan dengan lelaki biarpun tak ramai yang memilikinya. Namun begitu sebetulnya seperti mana wanita, seorang lelaki mahupun suami juga mengharapkan isteri mereka bersifat romantis. Sifat ini pastinya melengkapkan ciri seorang wanita yang penuh dengan kelembutan.

Jika romantis lelaki sering dikaitkan dengan pemberian bunga, makan malam istimewa bagaimana pula romantis seorang wanita pada kaca mata suami.


1. BERDANDAN CANTIK
Perkara pertama untuk menjadi isteri yang romantik pastinya adalah dengan memenangi pandangan mata suami agar dia melihat anda lebih cantik daripada wanita-wanita lain sekelilingnya.

Oleh itu berdandan cantik dihadapan suami kalau boleh setiap masa. Hatta sebelum tidur sekali pun anda harus tidur sekalipun anda harus tampil sedap mata memandang. Kenakan baju tidur yang indah atau lebih elok seksi di matanya. Suami juga pasti sangat senang jika gaya pakaian dan dandanan anda sesuai dengan seleranya.

2. MEMBERI PUJIAN.
Semua orang suka dipuji, tidak terkecuali golongan lelaki. Apalagi bila pujian itu bersangkutan dengan kegagahan dan keperkasaan dirinya. Maklumlah lelaki sering kali berharap untuk menjadi hero jadi pujian anda akan membuatkan suami merasa diri lebih dihargai.

3.LUANGKAN MASA BERSAMA.
Pada zaman serba maji ini, kebanyakan suami isteri sama-sama bekerja mencari nafkah untuk menyara kehidupan. Justeru masa untuk bersama tidak sentiasa ada. Oleh itu jika anda dan suami sentiasa sibuk, aturlah masa anda untuk meluangkan masa bersama dengannya.

Boleh jadi dengan mengajaknya makan tengah hari bersama sekurang-kurangnya dua kali seminggu. Boleh juga mengatur jadual untuk berdua-duaan di waktu hujung minggu. Usaha anda untuk mencari masa bersama dengannya akan dilihat sebagai sesuatu yang romantis dan membahagiakan dirinya.

4.BERIKAN SENTUHAN MESRA
Sentuhan kecil seperti mengelus tangannya semasa berjalan berdua atau mendakap suami ketika dirinya dalam keadaan sedih akan membuatkan lelaki anda rasa sangat diperhatikan. Begitu juga saat menonton tv bersama usaplah rambutnya atau biarkan suami berbaring di ribaan anda. Inilah yang akan menyerlahkan ciri-ciri romantik anda.

5.MEMBIARKAN DIA BEBAS.
Seperti juga dengan anda yang suka bersembang dengan rakan-rakan suami anda juga punya keperluan ini. Dia juga punya keinginan berkumpul dengan rakan-rakannya. Ini adalah sesuatu yang menyegarkan dirinya tambah lagi jika isteri memberi kepercayaan untuk dirinya bebas bertemu rakan. Dia akan rasa senang kerana dipercayai.

6. MASAK MAKANAN YANG ENAK.
Pepatah Inggeris ada menyebut "a way to win men heart is through his stomach' atau pun cara memenangi hati lelaki adalah melalui perutnya. Perkara ini ada kebenarannya. Semua lelaki pastinya suka menikmati makanan yang enak apatah lagi jika ia dimasak oleh isterinya sendiri khusus untuk dirinya. Inilah juga akan membuatkan dirinya sentiasa terkenangkan diri anda saat berjauhan. Semakin tinggi kemahiran memasak anda dijamin suami akan semakin sayang pada anda.

7. BERKONGSI RAHSIA.
Ada satu perkara yang boleh membuatkan pasangan yakin bahawa anda mencintainya sepenuh hati. Caranya adalah dengan berkongsi rahsia anda dengan dirinya. Ceritakan rahsia yang tidak pernah anda luahkan pada sesiap selain dirinya. Perkongsian rahsia ini menggambarkan betap tingginya keyakinan anda terhadap dirinya.

8. BERIKAN KEJUTAN KECIL.
Semua orang sukakan kejutan. Seperti anda yang akan tersenyum seharian bila mendapat jambangan bunga daripada suami, begitu jugalah dengan dirinya yang tetntu akan menyukai bila isteri mengejutkan dirinya dengan hadiah yang diidamkan. Seorang lelaki sangat menyenangi isteri yang ada inisiatif dan kreatif dalam menyegarkan perhubungan. Dia akan merasakan anda wanita yang tidak terduga dan penuh dengan sesuatu yang baru.

9. MENULIS CATATAN CINTA.
Selalu di waktu bercinta ramai yang menulis surat cinta. Ada kalanya hingga berkajang-kajang. Namun ia terhenti setelah keduanya mendirikan rumah tangga. Oleh itu tidak salah anda sebagai isteri memulakan aktiviti ini kembali.

Kalau sebelum ini anda menulis surat namun seiring dengan perkembangan teknologi tulis dan hantarlah SMS cinta buat dirinya. Saat membacanya suami pasti tersenyum dan berasa bahagia. Dijamin ucapan-ucapan cinta yang ada tuliskan tidak akan dipadamkan dari pada peti mesej di telefon bimbitnya.

10. MERAIKAN HARI ISTIMEWA.
Sebagaimana suami romantik yang sentiasa meraikan hari istimewa anda, begitu juga galnya jika anda mahu dilihat punya sifat yang sama. Jangan sesekali melupakan hari penting dalam hidupnya. Berikan ucapan atau raikannya agar suami berasa anda pasangabn hidup yang cukup prihatin terhadap dirinya.
  • Blogger Comments
  • Facebook Comments

0 comments:

Post a Comment

Item Reviewed: BUKAN SUAMI SAJA...ISTERI JUGA HARUS ROMANTIK Description: Rating: 5 Reviewed By: rahsia perkahwinan
Scroll to Top