728x90 AdSpace

ARTIKEL BARU

18 February 2015

WANITA...10 BUKTI INI MENUNJUKKAN LELAKI AMAT MENCINTAI ANDA...

Cinta lelaki memang pelik dan aneh, tetapi juga unik. Ia pelik kerana hadir di jiwa seorang lelaki, yang sebelumnya keras, kasar dan kurang romantis; aneh apabila dia sudah lembut dan romantis mudah pula dia berasa sayu, pilu dan sensitif hanya dengan kata-kata orang yang dicintainya. Semuanya ini melambangkan keunikan hati lelaki yang sukar difahami - ada kalanya lunak, tetapi selalunya keras dan kurang simpati.


Demikianlah lelaki, tidak berupaya hidup tanpa wanita di sisinya tetapi tatkala sudah memperolehinya, jarang pula hendak menghargainya sepanjang usia.

Wahai wanita, elakkanlah diri anda daripada menjadi mangsa lelaki-lelaki seperti ini. Fahami, kenali, pelajari dan selamilah lelaki yang anda temui itu agar anda tidak menjadi mangsa sekian kali. Wahai lelaki, agar anda benar-benar lelaki, sebab seorang lelaki adalah yang disenangi pasangannya, seorang wanita bernama kekasih mahupun dah bergelar isteri.


Kesungguhan cinta seorang lelaki terpancar melalui ;

1. Kesungguhannya dalam melakukan sesuatu buat kekasih atau isterinya itu, tanpa sedikit pun terlihat keterpaksaan. Semuanya dilakukan dengan rela, ceria, dan penuh bahagia.

2. Dia berasa puas apabila dapat menghiburkan pasangannya. Dia bukan seorang lelaki hipokrit yang tidak mempedulikan apakah anda mengalirkan air mata tatkala dia tertawa.

3. Dia banyak menasihati kerana dia amat menyanyangi anda sebagai kekasihnya mahupun isterinya.

4. Dia mencemburui anda lantaran itu dia akan mengongkong kebebasan anda. Kongkongannya semata-mata oleh perasaan sayang dan cemburunya yang meluap-luap itu.

5. Dia akan kerap menyatakan ketakutannya jika kehilangan anda.

6. Dia mudah merajuk dan sensitif apabila anda tidak menumpukan perhatian sepanuhnya terhadap dirinya. Kadang-kadang dia seperti anak kecil dalam usaha mendapatkan layanan terbaik daripada anda.

7. Kerajinannya ketara, tergambar melalui kesungguhannya melakukan apa saja asalkan membahagiakan anda.

8. Kadang-kadang dia merajuk kerana mahukan kata-kata lembut daripada anda. Dia berasa lega dan gembira apabila mendapat kata-kata pejukan yang amat didambakan oleh hatinya yang telah diselaputi cinta itu.

9. Dia akan gelabah apabila berjauhan dengan anda. Dia akan kerap menelefon, menghantar sms dan kadang-kadang kata-katanya puitis sekali.

10. Dia akan kerap bertanya apakah anda masih mencintainya, padahal anda telah beberapa kali menyatakan begitu terhadapnya.

11. Lelaki jujur dan cukup 'mabuk' dalam alam percintaanya pasti tidak akan melayan perempuan lain sewenang-wenangnya. Dia berasa berdosa berbuat begitu tanpa pengetahuan kekasih atau isterinya.

* Dipetik dari buku motivasi Membina Rasa Cinta oleh Dr. HM Tuah Iskandar Al-Haj.


  • Blogger Comments
  • Facebook Comments

0 comments:

Post a Comment

Item Reviewed: WANITA...10 BUKTI INI MENUNJUKKAN LELAKI AMAT MENCINTAI ANDA... Description: Rating: 5 Reviewed By: rahsia perkahwinan
Scroll to Top