728x90 AdSpace

ARTIKEL BARU

17 February 2015

HATI-HATI SUAMI KERANA 6TH SENSE ISTERI AKAN MEMBERIKAN PETUNJUK...BILA SUAMI MULA BERLAKU CURANG

Isteri-isteri yang nampaknya begitu teruja mengikuti tulisan saya mengaku, mereka punyai deria keenam atau 6th sense.

Paling menarik, seorang isteri mengaku dia sering terserempak secara tidak sengaja dengan sifat suaminya yang suka berfoya-foya dengan wanita lain.

Bukan itu sahaja, dia juga dakwa mengalami mimpi setiap kali suaminya curang malah akan 'diberitahu' identiti kekasih suaminya itu.
 

Kesemua alamat itu katanya pernah membawa dia ke bilik hotel di mana dia tangkap suaminya sedang berselingkuh dengan adik angkatnya sendiri.

"Itu yang terakhir dan saya putus asa kerana tahu dia tak akan berubah. Selepas itu, saya nekad untuk bercerai dan kini hidup bahagia dengan perkahwinan kedua," katanya.

Seorang wanita lain pula berpendapat, naluri isteri selalunya tepat sebab dia yang jaga makan minum dan ambil berat hal ehwal suami. "Kalau dia berubah, kita akan cepat perasan," katanya.

Senada tetapi tidak sama, seorang lagi isteri berkata, memang benar, naluri isteri cepat 'tangkap' perubahan suami disebabkan air tangannya masuk ke dalam perut suami setiap hari.

"Jadi semua isteri kena rajin masaklah. Kalau malas masak, nanti bibiklah pula yang boleh 'baca' suami," katanya.

Dalam tajuk yang sama tetapi merujuk pada situasi yang sedikit berbeza, seorang isteri mengakui: "Betul, sokong sangat.

Apabila suami ada masalah atau dalam masalah, memang boleh agak dan selalunya betul. Even bila dia ada duit atau nak bagi duit, pun dapat agak dan selalunya betul jugak!"


Berbanding yang lain, satu komen yang sangat ringkas tetapi membawa makna yang cukup dalam: "Isteri sanggup makan hati demi anak-anak. Anak-anak adalah nyawa seorang ibu.
Biar menangis di dalam ... seseorang isteri akan tetap reda, sabar, berserah kepada ALLAH. ALLAH Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk kita, hamba-hambaNya..."
Itu wanita, daripada lelaki bukan semua negatif pada isu-isu yang seperti ini. Mohammad Farid Abd Karim berpendapat:

"Pada saya, sebab si isteri rasa tak sedap hati (apabila suaminya berlaku curang) ialah kerana dia ikhlas dalam perkahwinan. Suami pun, kalau ikhlas dan isteri buat tak betul, akan juga mengalami perasaan yang sama."

"Bukan setakat dalam perkahwinan, dalam persahabatan pun kalau kita ikhlas dan tawakal pada ALLAH, insya-Allah, tuhan akan tunjuk atau beri petunjuk sekiranya sahabat ada niat yang tak baik terhadap kita."

Menariknya, seorang pembaca Kelab 40 - lelaki - yang menyokong teori 6th sense itu, mengakui: "Patutlah setiap kali aku mengurat, isteri call. Tiap kali aku mengurat, isteri call.

Akhirnya aku terpaksa stop kokurikulum. You are the best wife in the world la darling!"

Berbanding kesemua komen, yang paling menyentuh (baca: menyentap) hati saya sendiri adalah satu mesej Whatsapp yang sudah semestinya daripada isteri saya: "Hakikatnya, ALLAH yang buka jalan kepada isteri untuk menutup noda suami!"

GULPPP!!!

Sumber : Sinar Harian


  • Blogger Comments
  • Facebook Comments

0 comments:

Post a Comment

Item Reviewed: HATI-HATI SUAMI KERANA 6TH SENSE ISTERI AKAN MEMBERIKAN PETUNJUK...BILA SUAMI MULA BERLAKU CURANG Description: Rating: 5 Reviewed By: rahsia perkahwinan
Scroll to Top