728x90 AdSpace

ARTIKEL BARU

17 February 2015

10 PETUA TRADISIONAL INI UNTUK MENGHILANGKAN KELEMUMUR


Petua 1:
Basahkan kepala dengan santan kelapa. Pastikan santan itu rata di seluruh kepala. Biarkan seketika. Kemudian cucilah kepala dengan syampu yang sesuai. Amalkan selalu, anda akan dapati rambut anda akan kembali berkilat serta kelemumur akan hilang. InsyaAllah.

Petua 2: 
Ambil sebiji limau nipis, kemudian belah 4. Basahkan rambut anda. perah air limau tadi dan ramas diatas kepala anda beberapa minit. Selepas itu bungkus rambut anda dengan tuala. Biarkan selama setengah jam. Kemudian basuh rambut anda dengan syampu. Lihatlah hasilnya dalam seminggu. Hasilnya pasti memuaskan anda.

Petua 3: 
Ambil 10 biji belimbing bulu, cincang halus-halus dan campurkan secawan kecil santan. Sapukan rata-rata pada kepala dan rambut hingga campuran itu habis. Balut kepala dengan tuala dan biarkan sejenak. Setelah itu bilas dengan air bersih. Amalkan seminggu sekali. Insya Allah, kelemumur akan hilang dan rambut akan kembali hilang. 


Petua 4:
Ambil beberapa helai daun nangka dan daun durian, masukkan ke dalam mangkuk atau gayung. Masukkan air dan ramas daun-daun tersebut. Gunakan air ramasan sebagai syampu. Amalkan selalu.

Petua 5:
Ambil 10 helai daun pandan lalu ditumbuk hingga lumat. Campurkan dengan dua gelas air. Selepas itu, ditapis lalu usaplah air tadi ke kepala anda yang ada kelemumur. Lalu bilas dengan air biasa.

Petua 6:
Ambil segenggam jerami padi dan dibakar hangus dicampurkan dengan semangkuk santan cair dan jus limau nipis dari sebiji limau nipis.Campur kesemua bahan ini dan sapukan rata-rata di kepala anda. Bungkus rambut dengan tuala kira-kira 30 minit. Kemudian cucilah rambut seperti biasa dengan syampu.

Untuk kelemumur yang agak serius, lakukan dua kali seminggu selama 2 minggu. Kemudian sebulan sekali.

Petua 7 :
Kisar tiga batang serai bersama dua biji limau nipis hingga lumat. Kemudian tapis dan ambil patinya. Sapu pada seluruh rambut seperti menggunakan syampu. Gosok rata-rata dan biarkan selama 15 minit. Bilas dengan air biasa hingga bersih. Amalkan dua kali seminggu.

Petua 8 :
Rendam halba dan kacang hijau selama setengah jam. Kemudian tumbuk sehingga hancur. Campurkan ke dalam secawan santan pekat dan sapukan pada rambut. Biarkan selama 15 minit sebelum dibilas dengan air bersih. Lakukan dua kali seminggu.

Petua 9:
Ambil beberapa biji buah mengkudu masak, basuh dan tumbuk sehingga hancur. Kemudian, disapu pada kepala sambil digosok-gosok. Amalkan seminggu dua (2) kali sebelum mandi. Selamat mencuba.

Petua 10:
Ambil semangkuk daun inai. Tumbuk inai tu sampai halus. Basahkan rambut anda dengan air dan lumurkan inai tadi kat atas kepala. Bungkus rambut anda dengan plastik pembungkus rambut. Pakai "shower cap" pun boleh. Biarkan rambut anda berbungkus selama 30 minit. Akhir sekali, basuh rambut anda tu dengan air bersih. Insya Allah kelemumur anda mampu hilang dalam tempoh seminggu.


  • Blogger Comments
  • Facebook Comments

0 comments:

Post a Comment

Item Reviewed: 10 PETUA TRADISIONAL INI UNTUK MENGHILANGKAN KELEMUMUR Description: Rating: 5 Reviewed By: rahsia perkahwinan
Scroll to Top