728x90 AdSpace

ARTIKEL BARU

18 February 2015

9 PUNCA LELAKI JADI MANDUL

Tahukah anda, kemandulan bukan di pihak perempuan sahaja semata-mata. Lelaki juga boleh jadi mandul atau tidak subur. Seperti wanita, ada banyak sebab mengapa lelaki boleh menjadi mandul.


1. Seseorang lelaki yang mengalami penyakit Klineelters Syndrome iaitu sejenis penyakit semula jadi yang diwarisi. Lelaki yang ada penyakit ini memiliki saiz alat kelamin yang amat kecil dan menyebabkan mereka tidak mempunyai daya mengeluarkan benih sperma.

2. Pernah mengalami penyakit kronik dalam tempoh yang panjang. Contohnya sejak dalam kandungan ibu, mengalami demam panas yang melampau , penyakit kelamin atau terlibat dalam kemalangan yang menyebabkan buah zakar rosak.

3. Jangkitan kuman dan penyakit kelamin ketika melakukan hubungan seks bebas dengan wanita yang mempunyai kuman gonorhea , sifilis, HIV, herpes, genital dan sebagainya.

4. Akibat daripada penyakit varicoles atau hernia. Menyebabkan buah zakar menjadi besar, keras dan sakit.

5. Menghadapi masalah pada skrotum, bahagian yang menghasilkan air mani. Ia tidak dapat berfungsi dengan sempurna dan tak berupaya mengeluarkan sperma yang bermutu dan sebaliknya sperma yang dikeluarkan tidak mempunyai benih subur.

6. Kecacatan seseorang lelaki seperti dilahirkan dengan hanya sebelah buah zakar, gangguan hormon testosteron atau testicular failure.

7. Mati pucuk, impoten, lemah tenaga batin, pancutan air mani pramatang, penis mengecil, hilang ghairah atau nafsu seks, tekanan emosi serius dan juga masalah peribadi lain.

8. Terlau banyak mengambil ubat-ubatan seperti ubat kencing manis, ubat antipsychotic,anti depresi.

9. Mengamalkan gaya hidup tak sihat seperti merokok, minum arak dan alkohol, duduk didalam keadaan kotor yang tercemar dengan asap kenderaan, kilang, bahan radioaktif di kilang dan sebagainya.

Periksa kesuburan
Pada masa kini terdapat rawatan masalah ini seperti kaedah injeksi Intracytoplasmik Sperma (ICSI ) dan persenyawaan berhadas. Ia adalah rawatan khusus untuk lelaki yang mempunyai masalah sperma yang rendah.

Tak salah untuk mencuba rawatan alternatif untuk mengatasi masalah tiada benih . Salah satu rawatan kesuburan untuk lelaki yang masih boleh dicuba ialah dengan kaedah rawatan homeopati yang menggunakan rangkaian ubatan homeopati yang terdiri dari bahan tumbuhan.

Yang paling penting adalah golongan lelaki tak perlu malu untuk melakukan pemeriksaan kesuburan bagi mengenal pasti masalah kesihatan.


  • Blogger Comments
  • Facebook Comments

0 comments:

Post a Comment

Item Reviewed: 9 PUNCA LELAKI JADI MANDUL Description: Rating: 5 Reviewed By: rahsia perkahwinan
Scroll to Top