728x90 AdSpace

ARTIKEL BARU

14 February 2015

7 UBAT BATUK SEMULAJADI YANG BERKESAN

Batuk merupakan penyakit yang biasa terjadi semasa cuaca yang tidak menentu terutama sekali musim hujan. Penyakit ini tidak boleh dipandang remeh kerana ia mengganggu aktiviti seharian. Jika terlalu lama dibiarkan, dada akan terasa sakit dan menjadikan otot perut menjadi sakit akibat tekanan.

Beberapa bahan semula jadi yang ada di rumah sebenarnya boleh anda gunakan untuk membuat ubat batuk yang mujarab dan selamat tanpa kesan sampingan. Tak perlu sentiasa bergantung atau mengambil ubat hospital atau ubat kimia untuk menyembuhkan penyakit. Anda boleh cuba keberkesanan ubat batuk semula jadi.


Berikut adalah 7 Ubat Batuk Semula Jadi:

1. Minyak kelapa, madu, limau
Ketiga bahan tersebut sangat mudah dijumpai di dapur rumah. Sebenarnya jika digabungkan ketiganya, ia menjadi ubat batuk yang sangat berkesan. Cara membuatnta 1: 1, 1 sudu minyak kelapa, 1 sudu madu, dan 1 sudu air limau campurkan, diminum semasa batuk sedang menyerang anda.

2. Bawang merah bawang putih
Ambil 2 ulas bawang merah, 2 ulas bawang putih, lalu kupas dan dihiris halus. Siram dengan air panas, biarkan seketika, kemudian diminum airnya. Anda juga boleh menambah dengan 1 sudu madu.

3. Gula merah dan halia
Dapatkan dua ibu jari halia bersihkan, kupas lalu iris kecil. 1 potong gula merah rebus dalam 1 gelas air, lalu masukkan halia dan biarkan hangat. Minum semasa masih hangat.

4. Lada putih, minyak zaitun
Minyak zaitun sering digunakan sebagai bahan minyak penumis, panaskan sebentar bersama dengan lada putih. Untuk mengambilnya anda hanya perlu menambah madu. Ketika batuk menyerang minum satu sudu campuran tersebut.

5. Teh herba dan madu
Teh herba merupakan cara yang enak untuk meredakan batuk. Anda hanya perlu membancuh dengan air panas, lalu tambahkan madu ketika hendak meminumnya. Anda boleh menambah perasan lemon untuk khasiat yang lebih berkesan.

6. limau nipis
Air limau nipis panas pun boleh menghilangkan virus penyebab batuk di tekak. Cukup tambah perasan air limau di dalam segelas air suam, dan minum. Minum sehari 2 kali sahaja tekak anda boleh lebih merasa lega.

7. Air garam dan limau nipis
Anda boleh cuba menambah sesudu garam halus bersama limau nipis pada air panas. kemudian minum perlahan-lahan untuk redakan tekak yang gatal.

*Baru cuba nom 1 tu memang menjadi, kini memang musim batuk-batuk dan deman, adalah amat disyor guna cara semula jadi ini, lebih selamat tiada kesan sampingan.


  • Blogger Comments
  • Facebook Comments

0 comments:

Post a Comment

Item Reviewed: 7 UBAT BATUK SEMULAJADI YANG BERKESAN Description: 7 Ubat Batuk Semula Jadi, 1 cara buat ubat batuk, 1 limau nipis ubat batuk, 1 madu ubat batuk, 1 ubat batuk, 1 ubat batuk TB1 Rating: 5 Reviewed By: rahsia perkahwinan
Scroll to Top