728x90 AdSpace

ARTIKEL BARU

16 February 2015

7 SIFAT LELAKI SEJATI YANG MENJADI DAMBAAN WANITA

Bukan saja lelaki mempunyai ciri wanita idaman, malah wanita juga mempunyai ciri lelaki idaman yang menarik perhatian mereka mengenali lelaki itu dengan lebih rapat.

Ciri-ciri lelaki idaman itu memberi pengaruh besar kepada wanita bagi memastikan lelaki yang dipilih mampu menjadi pemimpin rumah tangga yang tepat.  Justeru, bukan mudah bagi seseorang wanita membuat pilihan. 


Buat si lelaki pula, anda perlu menyiapkan diri dengan ciri-ciri yang menjadi dambaan wanita terutama membabitkan personaliti diri dan sifat tanggungjawab.
Berikut antara ciri-ciri lelaki idaman si wanita:

1. Yakin pada diri 
Keyakinan diri adalah kualiti penting yang sering dicari wanita. Lakukan sesuatu perkara itu dengan terbaik dan lebih penting, jangan memperkecilkan kelemahan diri sendiri. 

Ada yang menyerah kalah sebelum berbuat apa-apa. Ini bukan sifat lelaki sejati. Sebaliknya anda perlu berikan alasan kukuh tidak mampu melaksanakannya. Penting untuk berlatih bersungguh-sungguh tanpa mengenal erti putus asa dan sentiasa berfikiran positif. 

2. Pandai berjenaka 
Jangan bercakap terlalu serius atau ketawa yang dibuat-buat. Lebih teruk sekiranya senyum tidak tentu fasal. Ingat, untuk menjadi seorang yang kelakar tidak semestinya anda perlu membuat lawak bodoh. 

Belajar membuat lawak secara spontan dan bersahaja kerana ini akan menghiburkan hati si dia. Lawak bersahaja itu yang membuatkan si dia teruja dan merindui kerenah anda. 


3. Romantik 
Wanita sebenarnya menginginkan seorang yang romantik, tetapi romantik bukan gatal atau miang. 

Lelaki romantik pandai mengambil hati dan bijak menggunakan kata-kata. Suka mengambil berat dan penyayang juga satu daripada aspek yang menarik perhatian wanita. Biarpun wanita itu kelihatan ‘rug­ged’ atau agresif, dalam hal teman lelaki, mereka juga memilih lelaki yang romantik. 

4. Wang 
Wang memang perlu ada dalam diri setiap lelaki. Ini kerana lelaki bakal menjadi ketua keluarga dan banyak tanggungan. Justeru, pekerjaan tetap amat diperlukan pada diri setiap lelaki bagi menjamin masa depan keluarga. 

5. Bijak 
Wanita sering mengimpikan seorang lelaki yang berpendidikan dan bijak. Jika anda berasa kurang bijak, mungkin anda boleh melanjutkan pelajaran atau memperbanyakkan bacaan. 

Luangkan masa mendengar berita dan rajin mengisi teka silang kata supaya tampak berilmu. Wanita suka lelaki yang bijak dan suka membaca. 

6. Sensitif 
Setiap kali pasangan anda bercakap, dengar dengan khusyuk sambil memandang bola mata hitamnya. Malah, anda boleh berkata, ‘saya faham perasaan awak’. 

Bagaimanapun, jangan pula anda terlalu sensitif kerana sebagai tempat berlindung, tentu mereka memerlukan pohon yang kukuh. 

7. Suka kanak-kanak 
Wanita menganggap lelaki yang bijak itu berpengetahuan luas dalam semua bidang termasuk menjaga kanak-kanak. Hati wanita mudah tersentuh dengan lelaki yang sukakan kanak-kanak. 

Apabila si dia membelai kanak-kanak di depan mata, anda juga boleh mendukung sambil mengagah si kecil itu. Ini secara tidak langsung memperlihatkan anda memang layak menjadi bapa penyayang.

Sumber : Harian Metro

  • Blogger Comments
  • Facebook Comments

0 comments:

Post a Comment

Item Reviewed: 7 SIFAT LELAKI SEJATI YANG MENJADI DAMBAAN WANITA Description: Rating: 5 Reviewed By: rahsia perkahwinan
Scroll to Top