728x90 AdSpace

ARTIKEL BARU

16 February 2015

7 RAHSIA DAN PETUA KECANTIKAN WANITA DI ASIA SELATAN DAN TIMUR TENGAH

Kecantikan para wanita dari negara-negara Asia Selatan seperti India dan Pakistan, serta Timur Tengah memang sudah terkenal sejak sekian lama. Rahsia kecantikan mereka berasal daripada ritual turun temurun yang diajar oleh para ibu untuk anak perempuan mereka.

Ritual kecantikan dengan resepi kuno telah dipercayai sebagai cara paling berkesan untuk memperindah kulit mereka.


Berikut merupakan 7 rahsia kecantikan wanita Asia Selatan dan Timur Tengah:

1) Air Mawar
Para wanita dari Asia Selatan dan Timur Tengah percaya akan khasiat air mawar bagi wajah mereka. Air mawar ini berkhasiat untuk menyegar, melembut, mencerah dan membersihkan kulit. Para wanita dari negara Timur Tengah telah menggunakan cara ini selama berabad-abad lamanya.

2) Kunyit
Dalam tradisi India dan Pakistan, para wanita menggunakan mask kunyit sebagai rutin penjagaan wajah mereka. Sebelum seorang wanita India dan Pakistan berkahwin, mereka akan meletakkan ramuan mask kunyit ini pada wajah, agar wajah mereka bersinar cerah saat hari pernikahan.

3) Minyak Kelapa
Minyak kelapa digunakan untuk melembap dan menghitamkan rambut, serta membuatkannya bersinar. Wanita India dan Pakistan menggunakan satu senduk minyak kelapa, lalu menggosokkannya pada rambut, kemudian berjemur di bawah sinaran matahari selama satu jam, kemudian dibilas. Hasilnya, rambut akan tebal dan bersinar!

4) Mustard Oil / Minyak Biji Sesawi
Mustard Oil, baik untuk pertumbuhan rambut, dan membuatnya bersinar. Mustard Oil, kaya dengan selenium, iaitu antioksidan yang melindungi sel-sel rambut. Minyak ini juga mengandung protein untuk menguatkan rambut, agar tidak mudah rosak.

5) Jeruk Nipis
Pada pagi hari, wanita India menggunakan jeruk nipis yang dibelah, kemudian digosokkan pada wajah. Kandungan asam pada jeruk nipis dapat mencerahkan kulit, menghilangkan kedutan dan sel-sel kulit mati.

6) Henna
Wanita India menggunakan henna untuk mewarnakan rambut mereka. Seterusnya, mereka akan menggunakan minyak kelapa sebagai mask rambut selepas mewarnakan rambut dengan henna. Henna dipercayai dapat memperkuat, menambah tekstur dan volume rambut, membuatnya bersinar, serta dapat menghilangkan kelemumur.

7) Bunga Limau
Wanita India dan Pakistan menggunakan bunga limau untuk mengharumkan rambut dan rumah mereka. Bunga limau ini dapat menjadi hiasan rambut dan pengharum sesebuah tempat.

Sumber: Vemale.com


  • Blogger Comments
  • Facebook Comments

0 comments:

Post a Comment

Item Reviewed: 7 RAHSIA DAN PETUA KECANTIKAN WANITA DI ASIA SELATAN DAN TIMUR TENGAH Description: Rating: 5 Reviewed By: rahsia perkahwinan
Scroll to Top