728x90 AdSpace

ARTIKEL BARU

04 February 2015

6 TANDA MENUNJUKKAN LELAKI SEDANG BERBOHONG

Tidak kira lelaki atau wanita, kedua-duanya pernah berbohong dan dibohongi. Tetapi paling sakit hati sekiranya pasangan anda kerap memberi alasan sehingga anda merasakan ada sesuatu yang cuba disembunyikan.

Bagi mengetahui sama ada pasangan anda terutamanya lelaki sedang berbohong atau bercakap jujur ada cara untuk menentukannya. Sebenarnya air muka dan gerakan badan seorang lelaki itu boleh menunjukkan sama ada dirinya berbohong atau tidak. 


Sebarang perubahan dari keadaan normal mungkin merupakan tanda orang tersebut berbohong. Jadi wanita di luar sana usah risau, lelaki yang berbohong dapat dilihat daripada tanda-tanda berikut :

MENYENTUH HIDUNG
Apabila seorang itu berbohong tisu-tisu erektil pada hidungnya akan dipenuhi darah meneybabkan ia membesar. Fenomena ini juga dikenali sebagai kesan pinocchio. Jadi apabila si dia bercakap engan anda dan kerap menyentuh hidung yang tidak gatal, sebenarnya ada sesuatu yang disembunyikan.


MENUTUP MULUT.
Terdapat sesetengah orang menutup mulut mereka apabila berbohong. Ini merupakan satu tindak balas automatik yang lahir dari segi psikologi kerana dari kecil lagi susah dididik untuk tidka berbohong. Apabila mulut mengeluarkan kata-kata dusta, tangan cuba menghalangnya.

GAGAP.
Apabila seseorang yang bercakap lancar tib-tiba menjadi gagap sehingga setiap bait kata-kata yang keluar daripad amulutnya tersekat-sekat itu merupakan tanda-tanda dia sedang mengalami tekanan emosi.

Sekiranya tiada apa-apap petunjuk bahawa tekanan ini disebabkan perkara lain seperti sedih, pilu, marah dan sebagainya kemungkinan lelaki tersebut bterbohong. Jadi jika ada bertanya pada teman lelaki atau suami anda dan si dia gagap untuk menjawabnya maka ada tahu membuat kesimpulan atas tindakannya itu.

PERGERAKKAN MATA.
Orang yang berbohong akan cuba menyakinkan pendengarnya dengan memandang tepat pada mata mangsa. Oleh itu sekirnaya kelipan mata berkurangan daripada kadar biasa ini, ini mungkin tanda berbohong.

Sebaliknya ada juga keadaan di mana sekiranya mata seseorang itu tiba-tiba berkelip dengan banyaknya ini merupakan tanda-tanda tekanan perasaan yang berkemungkinan disebabkan berbohong juga. Kerlipan mata yang normal sahaja menunjukkan dirinya tidak berbohong.

LENGAH MEMBERI JAWAPAN.
Orang yang berbohong perlu berfikir sebentar untuk mereka cipta pembohongannya. Berfikir terlalu lama berdehem dan batuk dan sebagainya merupakan tanda-tanda bahawa orang tersebut mungkin berdusta.

RESAH.
Orang yang berdusta kerap gelisah dan menguba-ubah posturnya. Apabila seseorang yang dlaam kedaaan tenang tiba-tiba sahaja menjadi resah dan tidak senang duduk apabila berhadapan dengan sesuatu soalan, ini berkemungkinan merupakan bahawa seseorang itu sedang berbohong.

Rujukan : MAJALAH MINGGU WANITA OGOS 2013
  • Blogger Comments
  • Facebook Comments

0 comments:

Post a Comment

Item Reviewed: 6 TANDA MENUNJUKKAN LELAKI SEDANG BERBOHONG Description: Rating: 5 Reviewed By: rahsia perkahwinan
Scroll to Top