Breaking News

6 KESILAPAN UTAMA SUAMI ISTERI KETIKA MELAKUKAN HUBUNGAN INTIM

Hubungan asmara pastinya indah dengan pelukan, sentuhan dan pujukan mesra dari pasangan. Namun ada ketikanya berlaku kesilapan ketika bersama pasangan secara tiba-tiba dan anda juga tak tahu apa puncanya. Berikut adalah beberapa perkara yang tak patut berlaku semasa sedang berasmara.


Tiupan ghairah bukan seperti meniup belon
Tiupan di bahagian telinga boleh membangkitkan rasa ghairah pasangan tapi janganlah dibuat secara terlampau. Dari seronok dengan adegan yang dirancang bersama, tiba-tiba mood terganggu dengan angin yang menyakitkan telinga.

Asmara yang tiada cumbuan
Mengikut kajian, lebih 79% lelaki di Malaysia gemar melakukan hubungan asmara dan seksual secara spontan , iaitu seks yang dilakukan dengan cara yang cepat tanpa adegan pemanasan dan sebagainya. Tak boleh begitu. Kebanyakkan isteri sentiasa mengharapkan suami mencumbui dirinya biarpun hanya dibibir. Oleh itu peruntukkan sedikit masa bagi melakukan aksi sebegini.

Bersikap terburu-buru
Usah terlalu gelojoh ketika membuka pakaian isteri. Sekalipun tak sabar ke aksi seterusnya tetapi fikirlah bahawa pasangan tidak gemar diperlakukan dengan kasar. Belajarlah untuk membuka pakaian dengan perlahan dan teratur.

Gangguan dari kesan cukuran di wajah suami
Sebelum bersama dengan pasangan, periksa diri dari hujung rambut hingga ke hujung kaki. Pastikan kebersihan berada di tahap yang paling maksimum sekalipun di bahagian wajah yang telah siap dicukur. Selalunya kesan selepas bercukur membuatkan kulit disekitar wajah sedikit tajam. Tidak selesa bagi seorang isteri untuk mengusap atau mencumbui bahagian tersebut. Prihatinlah apabila isteri kerap kali memalingkan kepalanya apabila wajah anda menyentuh bahagian pipinya.

Berhenti rehat apabila pemanasan sedang rancak
Jangan sekali-kali berhenti rehat apabila ‘pemanasan’ sedang berlangsung dengan baik. Ingat bahawa tubuh isteri perlu disentuh dan dibelai selalu agar perasaan ghairah dan berahi tidak menurun. Jika tidak, sukarlah bagi anda untuk mendapat momen itu kembali. Teruskan ransangan sehingga isteri betul-betul bersedia untuk beraksi ke acara kemuncak.

Hanya sensitif kepada vagina dan payudara
Kebanyakkan suami mudah hilang arah ketika berasmara. Sangka mereka, isteri hanya sensitif di dua bahagian sahaja iaitu payudara dan vagina. Ini menyebabkan hanya kawasan tersebut sahaja yang menjadi titik tumpu para suami. Sebenarnya seluruh tubuh isteri memerlukan belaian anda. Mungkin di kawasan tengkuk, perut, peha yang membuatkan isteri lebih ghairah.


No comments