728x90 AdSpace

ARTIKEL BARU

07 February 2015

5 HIKMAH ISTIHDAD - MENCUKUR BULU DI BAHAGIAN KEMALUAN

Rasulullah SAW mengajarkan kepada umatnya untuk selalu istihdad (mencukur bulu kemaluan). Istihdad dijelaskan Rasulullah SAW sebagai salah satu fitrah manusia. 

Rasulullah SAW bersabda

خمس من الفطرة الإستحداد والختان وقص الشارب ونتف الإبط وتقليم الأظفار
Maksudnya: "Lima perkara daripada fitrah: mencukur bulu ari-ari, berkhatan , memotong misai, mencabut bulu ketiak dan memotong kuku." (Hadis Riwayat Al-Bukhari dan Muslim)

Bulu ari-ari
Imam Nawawi rah mendefinasikan bulu ari-ari adalah "Bulu yang tumbuh disekeliling zakar lelaki dan faraj perempuan dan juga pada permukaan keduanya."


CARA MENGHILANGKAN

Mazhab Syafie:
Sunnahnya adalah bercukur seperti mana dalam lafaz hadis. Diharuskan untuk cabut, potong dan menghilangkan dgn bahan tertentu.Ulama Syafie mewajibkan wanita membuang bulu ari2 apabila disuruh oleh suaminya.

MASA ISTIHDAD

Disunatkan mencukur bulu ari2 bila ia panjang. Apabila lebih 40 hari tidak dibuang maka haram membiarkannya selepas itu. Ini berdasarkan hadis sahih daripada Anas r.a beliau berkata: 

وقت لنا في قص الشارب وتقليم الأظفار وحلق العانة أن لا نترك أكثر من أربعين ليلة

"Rasulullah SAW menjadualkan bagi kami paling lama 40 hari, supaya tidak lupa mengunting kumis, memotong kuku, mencabut bulu ketiak dan mencukur bulu-bulu ari". (Hadis Riwayat Muslim, Ibnu Majjah,Ahmad,Tirmidzi,Nasai dan Abu Daud)

Bermaknanya paling lama 40 hari kenalah kita servis bahagian-bahagan tersebut. Adakah kita berbuat demikian wahai pembaca?. Jangan kata orang yang tak tahu memang tak buat, Yang dah tahu pun tak buat. Ada yang tak pernah bercukur sampai bertahun-tahun lamanya. Tebal macam hutan belantara. Selepas ni belilah pisau cukur dan mulalah cukur hutan belantara ini.


Dialog Rasulullah SAW dengan Iblis...

Pertanyaan Rasulullah SAW:
"Siapakah orang yang paling engkau lebih sukai?" 

Jawab Iblis:
"Lelaki dan perempuan yang tidak mencukur atau mencabut bulu ketiak atau bulu ari-ari (bulu kemaluan) selama 40 hari. Di situlah aku mengecilkan diri, bersarang, bergantung, berbuai seperti pijat pada bulu itu."

Kerana itu tidak diragukan lagi, mencukur bulu ari-ari dan membersihkannya termasuk perbuatan mustahabbah (Disunatkan) untuk mencegah kutu (kupan) dan bau yang tidak enak.

Dari Ibn Umar bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: 
“Daripada perkara fitrah ialah mencukur bulu ari-ari, memotong kuku dan menggunting misai”. (Hadis Riwayat al-Bukhari)

Fitrah adalah bermaksud apa yang dicenderungi oleh tabiat kejadian manusia yang sejahtera. Islam adalah agama yang fitrah dn ajarannya menepati fitrah kejadian manusia. Fitrah manusia suka kepada kebersihan dan kesucian. Justeru, amat bertepatanlah pensyariatan mencukur bulu ari-ari ini.

Dalam hadis selain menggunakan lafaz halq al-anah حلق العانة (cukur bulu ari-ari), Rasulullah SAW juga menyebut dengan nama al-Istihdad. (Hadis Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Apa perlu di buat dengan bulu yang telah dicukur?

Imam Nawawi berkata: "Dan disunatkan menanam rambut, bulu-bulu dan kuku yang telah berpisah dari badan di dalam tanah. Perkara ini diambil dari Ibnu Umar r.a. Semua Ulama Syafie telah bersepakat dengan perkara ini."

Dan harus di ingatkan bahawa haram mendedahkan bulu-bulu ari-ari ini pada yang sesiapa kecuali diri sendiri kerana ia menjadi auratnya biarpun sudah terpisah daripada badan .

Bukan untuk orang lain tetapi untuk menjaga kebersihan kita juga :)

Sebab saintifik kenapa perlu dibuang.

Kawasan bulu ari-ari adalah kawasan mudah berpeluh dan banyak keluar peluah. Sekiranya tidak dicukur bulu tersebut, maka ia akan menjadi banyak dan lebih banyak mengeluarkan peluh. Apabila terkena kesan-kesan kumuhan badan serta najis-najis lain, mungkin amat sukar untuk dihilangkan. Lama kelamaan ia mendatangkan bau yang kurang enak. Tambahan pula, mencukur bulu ari-ari mencegah daripada pembiakan kutu. Selain itu, ia juga membantu penjagaan kulit di kawasan kemaluan.

Di zaman modern, istihdad diketahui memiliki banyak manfaat, diantaranya adalah lima perkara seperti berikut:

1. Kebersihan terjaga
Rambut kemaluan yang tidak dicukur membuat kawasan rahsia tersebut akan lebih cepat kotor. Daki dan bakteri mudah membiak. Berbeza jika disitu seperti rambut yang dicukur. Kebersihannya menjadi lagi terjaga.

2. Terhindar dari bau
Rambut yang dibiarkan panjang dan tidak terawat membuat kawasan rahsia tersebut menjadi lebih berbau. Ini adalah kerana ianya aircond rosak jadi dalam keadaan yang panas dan berkuap, keringat dan bakteri akan bercampur sekali. Dengan kemudahan untuk mencukurnya seperti sabda Rasulullah SAW, maka aroma di kawasan tersebut dapat lebih terjaga.

3. Sihat
Bulu di kawasan rahsia yang panjang dan tidak terawat membuat keringat dan bakteri tinggal di tempat itu. Jika lama dibiarkan, bakteri yang tinggal dapat menimbulkan penyakit/infeksi. Dengan mencukur rambut di kawasan rahsia ini, kebersihan lebih terjaga dan penyakit/infeksi dapat dihindari.

Area kemaluan yang terjaga kebersihannya menjadikan anda lebih sihat. Bukan saja terhindar dari bau, dengan mencukur bulu kemaluan secara selau juga dapat terhindar dari infeksi atau penyakit kulit.

4. Meningkatkan sensitivitas saat bercinta
Seperti dikutip dari Health Me Up, kulit di sekitar kelangkang kaki sangat sensitif terhadap sentuhan. Namun, bulu kemaluan yang panjang akan bertindak secara langsung dengan kulit sensitif tersebut. Dengan mencukurnya, membuat suami/istri lebih mudah memberi ransangan di area tersebut.

5. Lebih higienis bagi wanita
Khusus bagi wanita, manfaat lain dari mencukur bulu di kawasan rahsia tersebut adalah menjadikannya lebih higienis. Terutama saat kitaran haid. Mencukur bulu di kawasan rahsia akan membuatkan kawasan tersebut tidak mudah terkena jangkitan dan relatif terhindar dari rasa gatal.

Demikianlah 5 diantara manfaat istihdad. Ternyata apa yang diajarkan Rasulullah belasan abad lalu, kini terbukti manfaat dan hikmahnya bagi manusia.


  • Blogger Comments
  • Facebook Comments

1 comments:

  1. [KISAH BENAR]>>Peristiwa Pelik Berkali-kali Menimpa Jenazah Ini..
    apa Yang Berlaku??
    Klik untuk lihat gambar >> GAMBAR

    ReplyDelete

Item Reviewed: 5 HIKMAH ISTIHDAD - MENCUKUR BULU DI BAHAGIAN KEMALUAN Description: Rating: 5 Reviewed By: rahsia perkahwinan
Scroll to Top