Breaking News

5 TIPs "BERSAMA" SEWAKTU BERCUTI BERSAMA ANAK-ANAK

Kajian syarikat penyelidikan IPSOS Reid di Kanada mendapati lebih 53 peratus wanita di negara itu mengakui bahawa hubungan skes terjalan dengan lebih baik saat bercuti bersama pasangan.

Mendapat kerjasama syarikat pelancongan, Tripcentral.ca, kajian itu menjelaskan aktiviti bercinta menjadi lebih hangat dan berkualiti sewatu bercuti berbanding ketika di rumah kerana suasananya yang romantik, bebas stree dan lebih santai.


Hubungan intim yang berkualiti itu pasti dapat dinikmati tanpa gangguan seandainya anda hanya bercuti berdua bersama pasangan. Tapi bagaimana jika anda terpaksa membaca anak-anak bersama kerana tiada siapa yang dapat menjaga mereka? Pastinya kalian perlu menjaga tingkah laku dihadapan anak-anak sehingga mengganggu masa untuk bercinta.

Usah risau menghadapi situasi ini. Artikel tulisan kolumnis seks, Heidi Raykeil, siaran iVillage.com di bawah pasti dapat membantu anda menerusi tip-tip yang dikemukakan.

1. MANFAATKAN TAB MANDI.
Tab mandi besar yang terdapat dalam bilik hotel merupakan satu bonus yang wajar dimanfaatkan ileh pasangan suami isteri. Anda dan suami boleh bermain dibawah air pancuran atau berendam bersama dalam tab mandi tersebut. Kristen Chase dalam buku tulisannya yang berjudul, The Monimatrix's Guide to Sex : A No Surrender Advie Book for Naughty Moms menjelaskan masa mandi merupakan waktu terbaik untuk bermesra dnegan pasnagan saat bercuti.


2. TIDUR DI LANTAI.
Tidur bersama bayi akan membuatkan katil terasa sempit. Jadi untuk meningkatkan keterujaan, hit the floor! Golekkan badan anda dna pasangan ke lantai. Jelas Kristen, lantai boleh menjadi lokasi alternatif yang hebat terutama apabila tangisan bayi ketika terjaga dari tidur boleh memusnahkan mood dan keinginan untuk bercinta. Tapi sebelum melakukannya jangan lupa alas lantai dengan comforter atau gebar selesa agar badan kalian tidak sakit saat jatuh ke lantai.

3. PASANG KHEMAH.
Anak anda suka main khemah-khemah? Apa kata pasang khemah buat mereka dalam bilik tidur ketika sedang bercuti. Dengan itu, anda akan dapat mengalih tumpuan anak-anak untuk tidak mengganggu anda bermanja-manja dengan pasnagan. Pakar seksologi dan penulis buku She COmes First and He Comes Second, Dr Ian Kerner menjelaskan seks kilat boleh dinikmati oleh ibu bapa saat anak-anak leka dengan mainan mereka kerana sifatnya yang tidak memerlukan pasangan menanggalkan pakaian atau mencapai orgasma. Jadi berlindunglah dibawah selimut tanpa sebarang bunyi. Sebaliknya pekalah dengan situasi, andai mendengar bunyi zip khemah dibuka, segeralah hentikan aktiviti intim anda agar tidak dilihat oleh anak-anak.

4. PACK N PLAY.
Setiap kali pergi bercuti, jangan sesekali lupa untuk membawa Pack 'n' Play untuk kegunaan anak-anak. Berupa katil kanak-kanak flesibel yang mudah dibawa kemana-mana, Pack 'n' Play memudahkan anda untuk meninggalkan anak untuk bermesra bersama suami tercinta. Dengan meletakkan bayi dalam Pack 'n' Play di satu sudut, hubungan intim pasti akan berjalan smepurna seperti dirumah. Cuma pastikan anda tidak meletakkan sebarang peralatan termasuk alat permainan dalam katil tersebut bersama bayi yang sednag tertidur bagi mengelakkan kejadian yang tidak diingini.

5. SERVIS PENGASUH.
Kebanyak hotel menyediakan servis mengasuh anak. Jadi gunakan perkhdmatan itu dengan sebaik mungkin walaupun ada kalanya bayaran yang dikenakan agak mahal. Beberapa jam bersama tanpa gangguan anak-anak akan meninggalkan memori indah buat kalian selain dapat mengukuhkan ikatan perkahwinan. Apatah lagi, kaunselor perhubungan menyatakan ada kalanya pasangan perlu mementingkan diri dalam soal hubungan. Justeru jangan teragak-agak untuk meninggalkan anak-anak.

Sumber Rujukan : MAJALAH HARMONI Disember 2013


No comments