728x90 AdSpace

ARTIKEL BARU

26 January 2015

TEKNIK SOPAN MENGKRITIK SUAMI

Tidak dapat dinafikan siapa sahaja tidak menyukai apabila diri dikritik. Akan tetapi sebagai manusia kita tidak dapat lari daripada mendengar kritikan. daripada situ kita tahu kesalah yang dilakukan dan cuba membaikinya.

Akan tetapi bolehkan lelaki menerima kritikan terutama jika pengkritiknya kaum hawa. Ia mungkin sukar diterima apatah lagi lelaki dikenali dengan sikap ego yang tinggi. Jadi bagaimana mahu menyampaikan kritikan kepada lelaki.


Tip dibawah boleh membantu :

HATI-HATI
Jangan mengkritik secara kasar. Luahkan dengan lembut dan sopan. Anda boleh melembutkan serangan itu melalui cara yang berhati-hati dan bijaksana. Contohnya jangan terus kepada kesalahan yang dibuat tetapi menyentuh secara tidak langsung.

MENYENTUH DALAM KETENANGAN.
Jangan biarkan api kemarahan mengawal tindakan anda, apabila emosi mengawal diri segala apa yang dibuat menjadi kacau bilau. Pastikan setiap tindakan yang anda lakukan dihadapi dengan tenang. Sudah pasti teguran akan diterima dan diri insaf atas kesalahan yang dibuat.

JANGAN KRITIK PERSONALITI
Apabila mengkritik, bercakaplah mengenai tingkah laku dan bukan mengenai personaliti seseorang yang dikritik. Kritikan yang menjurus kepada personaliti boleh membuatkan si dia akan terasa hati dan terhina dengan apa yang diperkatakan.

ELAK DI HDAPAN ORANG RAMAI
Jadikan komen anda sebagai sesuatu bersifat peribadi. Jangan sesekali mengkritik rakan lelaki atau suami ketika berada di khalayak ramai. Situasi ini boleh mnyebabkan si dia berasa malu, lebih serius akan menyimpan perasaan dendam.

MULAKAN DENGAN PENGHARGAAN
Pastikan anda memulakannya dengan penghargaan. Cara sebegini dapat memberi kesan positif terhadap perbualan yang bakal dilakukan. Contohnya berikan pujian terlebih dahulu. Katakan dia seorang yang cukup memahami dan baik hati membuatkan anda tidak percaya kesalah itu yang dilakukan.

KRITIKAN DALAM BENTUK NASIHAT
Kadangkala lebih baik kritikan disampaikan dalam bentuk nasihat. Pendekatan ini lebih sesuai dan sudah pasti mereka akan mendengarnya. Si dia tidak akan berfikir bahawa anda menegurnya tetapi lebih kepada menyampaikan kesalah yang dibuat.

JANGAN GUNA PERKATAAN MENGGURIS HATI.
Elakkan penggunaan perkataan boleh mengguris hati seperti bodoh atau salah apabila berbicara. Kadangkala perkataan itu boleh membuatkan si dia akan naik marah dan mencetuskan sikap mempertahankan diri. Oleh itu gunalah perkataan dan nada yang lembut.

SUMBER : MINGGUAN WANITA MAC 2013


  • Blogger Comments
  • Facebook Comments

0 comments:

Post a Comment

Item Reviewed: TEKNIK SOPAN MENGKRITIK SUAMI Description: Rating: 5 Reviewed By: rahsia perkahwinan
Scroll to Top