728x90 AdSpace

ARTIKEL BARU

10 January 2015

TANPA MATLAMAT KITA AKAN SESAT


Seorang pemuda tersesat semasa memandu menelusuri sebuah bandar metropolitan yang tidak pernah dilaluinya.

Dicuba mencari jalan keluar namun semakin sesat. Dikiri kanannya hanya kelihatan bangunan tinggi puluhan tingkat.

Akhirnya dia berhenti di bahu jalan untuk bertanya seorang penjual surat khabar:

"Pakcik jalan lurus di depan ini menuju ke mana?" tanyanya

"Anak jalan ini nak pergi ke mana?" Soalan berbalas soalan.



" Saya tak pasti. Oh ya pakcik macam mana saya nak keluar dari bandar ini? Saya orang baru disini. Saya pening dengan jalan sehala dan saya dah tak faham jalan untuk berpatah balik."

"Anak ini nak menuju ke mana?" Pakcik itu masih tetapa dengan soalannya.

Pemuda tersebut melilau-lilau menoleh ke kanan dan kiri, seolah memikirkan sesuatu.

"Macam mana saya hendak menuju ke lubuh raya terdekat?" tanya anak muda itu pula.

"Anak ini sebenarnya nak menuju ke mana?"

"Sebenarnya saya tak pasti mana destinasi saya.."

"Kalau begitu, kamu ambil mana-mana jalan yang kamu suka.."

MORAL OF THE STORY
Tanpa matlamat akhir, kita tidak akan ke mana-mana. Tanpa matlamat akhir juga, kita tidak akan menyusun strategi pada untuk menuju matlamat tersebut.

Disalin semula oleh RP dari
MAJALAH SOLUSIA Isu no 39
  • Blogger Comments
  • Facebook Comments

0 comments:

Post a Comment

Item Reviewed: TANPA MATLAMAT KITA AKAN SESAT Description: Rating: 5 Reviewed By: rahsia perkahwinan
Scroll to Top