728x90 AdSpace

ARTIKEL BARU

05 January 2015

SUAMI ISTERI HARUS MEMBERI DAN MENERIMA


Perjalanan kehidupan berumahtangga memang tidak selalunya manis, banyak cabaran dan dugaan yang akan terus mengiringi. Semakin banyak usia perkahwinan tersebut, semakin banyak yang bakal dilalui. Sebagai isteri atau suami setiap pasangan itu perlu mengambil langkah terbaik mempertahankan perkahwinan tersebut. 10 Tips di bawah mungkin dapat membantu anda melalui kehidupan sehari-hari.

1. Setiap pernikahan harus dilandasi niat yang kuat iaitu berkahwin dan bernikah kerana ALLAH sehingga kita akan ikhlas menerima ketentuanNYA seburuk apapun itu. Tanamkan dalam fikiran bahawa menikah adalah ibadah.

2. Sebelum memasuk gerbang prekahwinan masing-masing harus memastikan tidak ada rahsia terpendam yang ditakutkan akan menjadi racun dan bom di kemudian hari nanti.

3. Jangan berbohong hanya untuk berkahwin dengan orang yang kita cinta kerana pembohongan sepandai dan serapi apapun menyimpannya boleh diketahui akhirnya.

4. Jika sebelum menikah kita sudah melihat banyak sifat dan kelakuan calon pasangan kita itu banyak yang bertentangan, jangan terlalu berharap masalah itu akan selesai setelah pernikahan kerana biasanya sesudah menikah sikapnya itu akan keluar semua. Seperti laki-laki yang suka ringan tangan tidak mustahil akan melakukan kekerasan dalam rumahtangga.

5. Juga berhati-hatilah terhadap orang yang begitu sempurna yang memiliki sifat mengalah yang luar biasa kerana kemungkinan apabila sudah menjadi suami belangnya baru kelihatan dan anada akan shock menghadapi kenyataan ini.



6. Biasakan untuk menggunakan pola fikiran MEMBERI dan MENERIMA bukan sebaliknya seperti cinta yang merasa bahawa cinta yang kita berikan begitu besar sementara timbal baliknya tidak sesuai, cinta dan perkahwinan bukan hal yang boleh diselesaikan dengan matematik. Selama kita berpegang pada prinsip menikah kerana ALLAH maka kita tidak akan menghitung untung dan rugi, bahkan saat rumah tangga digoncang akan lebih tabah dan yakin Tuhan punya perancangan yang baik buat kita sehingga kita mampu mengambil hikmah dari setiap peristiwa.

7. Pernikahan dua insan berbeza latar belakangnya tidaklah mudah. Ia memerlukan sifat kedewasaan, kejujuran, keikhlasan dan komitmen untuk mampu menjalaninya. Pasangan dalam perkahwinan juga merupakan teman untuk mangayuh roda kehidupan buat iraman yang harmonis. Jangan yang satu melangkah terlalu cepat sementara yang satu lagi terlalu perlahan kerana lama kelamaan akan terjadi kepincangan.

8. Jika kehidupan perkahwinan mulai suram, cuba melakukan refreshing berdua tanpa anak, cuba lakukan aktiviti romantis seperti yang pernah anada lakukan saat cinta masih menggebu. Masalahnya terkadang naluri seorang ibu susah meninggalkan anaknya sehingga kalaupun terpaksa tidak bawa anak tetapi dia tidak mampu menikmati "bulan madu keduanya" kerana fikirannya ada dirumah.

9. Selalu camkan betul-betul dalam diri kita tanda-tanda yang mebuat psangan kita terpikat pada diri kita dulu, pertahankan itu sebaik mungkin. Jika menyukai kita kerana kecantikan dan kesegaran kita yang membuat dia merasa semangat maka sebagai isteri anda juga wajib menjaga kecantikan dan kesegaran anda. Banyakkan bersenam atau agar kesihatan anda juga terus terpelihara.

10. Kita tidak boleh mengabaikan faktor biologi dalam perkahwinan, pada umumnya wanita lebih dewasa dibaningkan lelaki dalam usia yang sama, jadi kalau wanita usianya lebih tua harus berhati-hati kerana anda sudah memilih untuk menghadapai kemungkinan yang tidak menyenangkan. Bayangkan kalau seorang lelaki masih mampu menikmati hubungan seks sampai usia berapapun sementara wanita lebih cepat pudar hasrat seksuanya. Jadi kalau kita bernikah dengan lelaki yan lebih muda pastikan kita memiliki hal-hal lain yang mampu mengikat suami seandainya anda sudah bukan lagi pasangan hangat di tempat tidur.

Disalin semula oleh RP dari
MAJALAH NONA SEPTEMBER 2009
  • Blogger Comments
  • Facebook Comments

0 comments:

Post a Comment

Item Reviewed: SUAMI ISTERI HARUS MEMBERI DAN MENERIMA Description: Rating: 5 Reviewed By: rahsia perkahwinan
Scroll to Top