728x90 AdSpace

ARTIKEL BARU

08 January 2015

SUAMI BERUBAH SELEPAS KAHWIN


Bagi pendapat korang la. Apa yang korang rasa bila orang kata macam ni? Adakah korang akan menafikan sekeras-kerasnya tentang isu ini? Ok. Hari ni aku nak kongsikan sebuah artikel yang aku rasa perlu kepada pendapat korang semua. Mungkin isteri-isteri solehah diluar sana pernah mengalami dan berhadapan dengan situasi macam ni.

Bagi aku peratusan untuk suami berubah selepas kawin ni sekitar lingkungan 30% aje. Mungkin betul apa yang mereka katakan. Dan tidak semua perangai suami akan berubah kearah keburukan. Ada juga yang berubah ke arah kebaikan. Daripada suka melepak diluar, banyak masa dihabiskan dirumah bersama keluarga tercinta. Dan pelbagai lagi perangai dan sikap suami bila dah kawin ni.

Kadang-kadang tu, perangai pelik suami kian menjadi-jadi selepas kawin. Dulunya suami ni jenis setia je. Tak pernah nak hiraukan wanita-wanita diluar sana. Yang lebih cantik dan kiut dari isterinya. Tapi lepas mendapat anak kedua, suami dah mula tunjukkan perangai pelik. Daripada setia jadi curang dan durjana. Daripada suka melepak di rumah, kini dah rajin dan suka keluar malam. Kongsep ringan tulang menolong isteri pun semakin hambar.

Bagi mereka yang berhadapan dengan perangai suami yang pelik macam tu, tindakan segera harus lah diambil. Mencegah lebih baik daripada merawat. Jangan biarkan perangai pelik suami terus berlanjutan. Cuba dan cuba mencari dimana silapnya. Setiap benda yang berlaku mesti ada puncanya. Adakah suami tu terasa hati dengan sikap kita. Adakah suami tu dah fed up dengan perangai kita. Dan pelbagai persoalan lagi.

Yang penting, kita selaku isteri yang baik ni haruslah mengenali bagaimanakah tanda-tanda suami yang curang.


Manusia kan. Sentiada berubah-ubah. Kadang-kadang perkara yang remeh temeh pun boleh menjadi punca suami berubah menjadi pelik. Sebab tu, dalam hidup berumahtangga, masing-masing ada peranan tersendiri. Masing-masing ada tanggungjawab yang harus dipikul dengan sebaik-baiknya. Kan?
Mengikut pengalaman aku selama 3 tahun lebih berkahwin ni, aku tak rasa pun ada perubahan dalam diri aku. Aku tetap sama macam dulu-dulu. Ada ketika rajin tolong isteri. Ada masa aku memang malas dan suka melepak depan TV aje. Tapi ini semua perkara normal.

Alhamdulillah. Dulu aku suka lepak dengan kawan-kawan. Sampai kol 2, kol 3 pagi duk sembang. Tapi lepas kawin ni, semua tu dah ditinggalkan. Bagi aku, luangkan masa dan habiskan masa yang ada bersama keluarga itulah yang terbaik yang harus dilakukan dalam hayat ni.

Tak kisahla kalau aku kata kawan-kawan yang dulu rapat dengan aku dah “LOST CONTACT”. Semuanya disebabkan oleh perangai aku yang dah berubah tu. Tapi tak apalah. Sekurang-kurangnya aku masih ada keluarga. Ada isteri yang baik dan anak yang ada 1001 celoteh yang menghiburkan hati.

Tak salah nak berhibur dan bergelak ketawa dengan rakan-rakan. Tetapi bila dah ada keluarga ni, kena pandaikan bahagi masa. Yang penting kena dahulukan. Yang kurang penting, tangguh-tangguhkan aje la. Aku tak tahu sampai bila perangai baik aku ni akan kekal. Setahun lagi ke. Ataupun sampai akhir hayat perangai baik aku macam ni.

Tapi aku selalu berdoa. Agar perangai pelik yang aku ada suatu masa dahulu tak kan hadir lagi untuk kali kedua. Dan tidak akan diwarisi oleh keturunan aku. InsyaAllah. Doa dan harapan sentiasa mengiringi perjalanan hidup aku dalam membina sebuah keluarga yang bahagia.

Apa-apa pun, satu jer harapan aku. Buatlah yang terbaik dan termampu untuk keluarga kita. Keluarga adalah satu-satunya amanah yang berharga dalam hayat ni. Jadi, hargailah apa yang kita miliki sekarang kerana ia adalah ketentuan dan takdir yang terbaik untuk kita.

Disalin semula oleh RP dari
http://pondokkecil.com/
  • Blogger Comments
  • Facebook Comments

0 comments:

Post a Comment

Item Reviewed: SUAMI BERUBAH SELEPAS KAHWIN Description: Rating: 5 Reviewed By: rahsia perkahwinan
Scroll to Top