728x90 AdSpace

ARTIKEL BARU

22 January 2015

PUNCA SUAMI SUKA DIAM DIRI...


Memang benar kelakuan seorang lelaki dan wanita jauh bezanya. Sesiapa saja boleh meneka perasaan si isteri apabila sedang membebel panjang dan bising jika mempunyai masalah berlainan suami yang lebih memilih diam seribu bahasa.

Berbanding lelaki, wanita jarang memendam perasaan disaat sedang marah, sedih mahupun merajuk. Rata-rata kaum wanita lebih bersikap terbuka untuk bercerita kepada kenalan terdekat atau keluarga sendiri. Reaksi muncung mulut yang panjang sudah cukup menggambarkan si isteri merajuk. Bebelan tanpa henti juga sudah cukup menunjukkan si isteri sedang naik angin.

Bagi situasi suami pula, golongan ini biasanya tidak banyak bercakap. Bukan kerana golongan ini pendiam hatta pemalu tetapi kebanyakan suami lebih suka mendiam seribu bahasa. Walau dilanda masalah kewangan sehinggalah rasa cemburu, suami jarang bercerita sebaliknya berdiam sehinggalah disoal. Dengan alasan, diam tandanya mereka di dalam keadaan yang tidak menyenangkan.


Oleh sebab itu, ketahuilah bahawa suami berdiam diri bukan bermakna suami tidak mengambil berat pada isteri. Suami bertindak mendiamkan diri untuk mengelakkan keadaan menjadi lebih tegang. Bayangkan jika kedua-duanya bertegang leher, sudah pasti anak-anak menjadi mangsa.

Sikap suami yang bertindak 'cool' menjadikan mereka layak sebagai ketua keluarga dan perlu menunjukkan sikap tenang di hadapan keluarga. Sebab itu ada pandangan mengatakan suami biasanya berfikir terlebih dulu sebelum bertindak berbanding wanita yang biasanya bertindak sebelum berfikir terlebih dulu.

Sebagai isteri, anda perlu tahu bahawa suami mendiamkan diri bermakna anda sangat diperlukan di sisi mereka. Kongsilah masalah bersama supaya mereka merasa senang dan tenang. Masaklah makanan kegemaran suami setiap kali mereka mendiamkan diri.

Masakan dari air tangan isteri dikatakan pengikat kasih sayang antara isteri dan suami. Suami juga perlu dipujuk sama ada dari segi pemberian atau ciuman!

Kesimpulannya, janganlah menganggap suami mendiamkan diri adalah kerana suami seorang pemalu dan tidak menyayangi anda dan anak-anak.Tetapi mereka mendiamkan diri disebabkan mereka mempunyai masalah di pejabat, mungkin cemburu dan keletihan. Waktu beginilah anda perlu luang lebih banyak masa bersama suami.

Sumber : MAJALAH KELUARGA


  • Blogger Comments
  • Facebook Comments

0 comments:

Post a Comment

Item Reviewed: PUNCA SUAMI SUKA DIAM DIRI... Description: Rating: 5 Reviewed By: rahsia perkahwinan
Scroll to Top