Breaking News

PETUA MENCERIAKAN KEMBALI RUMAHTANGGA BORING


"Boring" atau jemu tidak harus ada dalam kamus kehidupan mereka yang sudah berumahtangga. Kalau kita jemu memakan sejenis makanan, wajarlah kita beralih selera kepada makanan yang lain. Dalam hal ini, apa pula alternatif kepada rasa jemu dalam perkahwinan?

Saya syorkan supaya:-

1.Suami isteri main nyorok-nyorok atau kejar-kejar...........ala........macam filem Hindustan
tu lah.

2.Ajak mandi bersama. Rasulullah pun ada memandikan Siti Aishah.......... tak ke romantik tu?

3.Sekali-sekala, bertukar-tukar suapan bila menjamah makanan.

4.Peluk pasangan masing-masing sekurang-kurangnya 7 kali satu hari ( ini Dr. Fazilah Kamsah yang kata, bukan saya yg kata......)

5.Bila pasangan kita tarik muka 40, kita puji dia macam ni:" Awak ni, makin marah, makin saya sayang......."

6.Kalau kuat merajuk, ajak dia tidur atas loteng. Kalau ada tikus, pasti dia menjerit dan peluk kita. ( bagi orang pompuan ler tu)

7.Tutup tingkap dan pintu. Anda berdua sahaja berdansa di bawah sinaran lampu romantik ( ini Pak Yazid pun ada anjurkan)

8.Luangkan masa untuk mengambil alih kerja isteri di dapur seperti memasak, basuh pinggan, basuh baju, lipat baju, dsbnya. Ini bukan ke queen control. Ini mengembalikan tugas hakiki suami di rumah.

9.Kalau isteri demam, layan dia seelok mungkin .Besok kalau kita demam, insyaalah dia akan jaga kita sebaik mungkin.

1 comment: