728x90 AdSpace

ARTIKEL BARU

25 January 2015

PERLUKAH UNTUK BERBULAN MADU?


Selain anak-anak pengikat kasih sayang ada satu lagi cara untuk membahagiakan pasangan suami isteri iaitu berbulan madu. Bagi yang berkemampuan boleh berbulan madu di tempat yang jauh atau di luar negeri. Namun bagi yang kurang kemampuan cukup sekadar di dalam negeri sahaja. Ada juga persoalan perlukah bulan madu itu dilakukan beberapa kali dalam seumur hidup pasangan tersebut atau hanya sekali sahaja. Apa kata lelaki mengenai isu ini, adakah mereka setuju atau ada pandangan lain mengenai bulan madu?

MAKIN TUA MAKIN KENA JAGA HATI
Bulan madu bagi pasangan suami isteri digalakkan. Apa salahnya kalau pergi bulan madu setahun sekali. Kalau boleh amalkan aktiviti itu hingga ke akhir hayat bagi yang berkemampuan. Biarlah orang hendak kata apa asalkan kita tidak berbuat salah disisi agama.

Semakin tua makin kita perlu menjaga hati suami isteri sebab mudah tersinggung. Dengan bulan madu ini, kita dapat muhasabah diri dan mengukuhkan lagi rumahtangga. Kalau yang tidak berkemampuan pergilah ke tempat yang termampu.

- Haji Mod. Noor

ERATKAN HUBUNGAN TIDAK SEMESTINYA BULAN MADU.
Bagi saya istilah honeymoon tidak sepatutnya wujud. Tidak perlu untuk berbulan madu kerana kehidupan suami isteri senitasa indah dan manis ibarat madu kalau masing-masing tahu tanggungjawab yang dipikul.

Jadi tiada gunanya kalau honeymoon ke serata dunia kalau tiada persefahaman daripada kedua-dua pasangan. Lagipun tidak semestinya berbulan madu saja yang boleh eratkan hubungan. Kalau hubungan itu senantiasa disemai dan dibentuk dengan sempurna pasti rumah tangga akan semakin indah.

- Azizi Sulaiman.



ORANG DULU TIADA PUN BULAN MADU.
Perlu jika difikirkan perlu. Bulan madu memerlukan wang, masa, tenaga dan komitmen. Sekiranya bulan madu dapat merapatkan kembali hubungan yang hambar ianya perlu dilakukan. Bagi saya bulan madu ini hanya pelengkap kepada hubungan suami isteri. Manakala yang paling utama adalah ilmu rumah tangga itu sendiri.

Kesabaran, toleransi dan memahami antara satu sama lain itu paling penting untuk menjamin kerukunan rumah tangga. Ada pasangan yang berbulan madu bagai nak rak ke merata pelusuk dunia akhirnya rumah tangga runtuh juga. Orang dulu walau tiada bulan madu tetapi kekal hingga ke hujung nyawa.

- Mohd Zulkifli Mat Junoh.

CINTA ITU ADALAH HONEYMOON.
Bagi saya tidak perlu bulan madu selepas kahwin. cuba lihat ketika berkahwin sudah berapa wang yang digunakan. Sudahlah zaman sekarang kos untuk kahwin semakin tinggi dengan duit hantaran, kendurio dan kos sampingan yang lain lagi.agi yang berpendapatan tinggi bolehlah mereka berbulan madu berapa kali pun sebab mereka mampu. Bagi saya kasih dan cinta itu adalah honeymoon yang sebenarnya.

- Abdul Jalel Abu Hassan

Disalin semula dari MAJALAH MINGGUAN WANITA Februari 2013


  • Blogger Comments
  • Facebook Comments

0 comments:

Post a Comment

Item Reviewed: PERLUKAH UNTUK BERBULAN MADU? Description: Rating: 5 Reviewed By: rahsia perkahwinan
Scroll to Top