Breaking News

PASANGAN SUAMI ISTERI BERCERAI DI MEKAH..

KISAH PASANGAN SUAMI ISTERI TUA...


Mereka berjalan berpimpin tangan dan si suami tampak begitu prihatin dan mengambil berat perihal isterinya. Tersentuh hati saya melihat sang suami mebukakan pintu buat isteri dan menjarakkan kerusi tatkala isteri mahu duduk di sebelah meja saya. Mereka adalah pelanggan klinik saya yang setia.

Suatu hari saya merisik kepada si isteri kerana saya amat kagum dengan kemesraan mereka. Jarang saya bertemu dengan pasngan yang sebegitu di usia tua.

"Boleh makcik beritahu saya apakah rahsianya perhubungan suami isteri yang bahagia hingga ke hari tua. Saya tengok pakcik dan begitu perihatin dan sayang kepada makcik. Masa muda dulu pun macam tu jugak ke?

Oleh kerana pakcik menunggu di luar maka saya mengambil kesempatan untuk belajar dan mengambil iktibar dari makcik ini. Saya harap makcik dapat memberi panduan yang berguna buat saya dan pasangan-pasangan lain yang mengharapkan perhubungan yang berkekalan hingga ke anak cucu.
"Rumahtangga makcik macam orang lain juga. Ada pasang surutnya. Waktu dahulu makcik pernah mengalami derita yang sangat hebat namun berkat kesabaran ALLAH bantu dan akhirnya makcik merasa bahagia sekali." jelasnya perlahan-lahan.
"Semasa usia awal 30-an suami makcik pernah berkahwin dengan wanita lain. Masa itu hati makcik remuk rendam. Wanita itu warga asing yang bekerja di sini. Pada mulanya makcik tak dapat menerima keadaan itu dan ingat mahu mintak cerai sahaja. Tapi makcik fikirkan semula.

"Suami makcik adalah lelaki yang baik dan bertanggungjawab. Dia dulu berjawat jawatan tinggi dengan pendapatan yang baik. Dia tak pernah mengabaikan mackik dan anak-anak. Makcik pula memang sayangkan dia dan tak mungkin akan memilih lelaki lain sebagai suami."

"Jadi makcik berbincang dengannya dan dia bersetuju bahawa isteri kedua harus tinggal di daerah yang berbeza dan kami tidak akan berjumpa langsung. Jika bertemu hati makcik akan hancur dan cemburu. Maka biarkanlah antara kami saling tidak tahu menahu."

"Ditakdirkan ALLAH makcik membuka sebuah perniagaan dan berjaya mengembangkan perniagaan itu. Mungkin semangat timbul akibat dari geram dengan perbuatan suami maka makcik sibukkan diri dengan berniaga. Bila suami pulang makcik tetap melayan dengan baik."

"Bila hidup sudah senang makcik mengajak suami ke Makkah untuk menunaikan ibadah haji. Makcik redha dengan segalanya dan niat makcik untuk meninggalkan segala hasad dengki dan busuk hati. Lalu makcik pun turut mengajak madu makcik ke sana dan menanggungkan segala perbelanjaannya.'

"Apabila sampai di Makkah hati makcik benar-benar gembira. Makcik dapat mengerjakan ibadah haji dengan penuh nikmat. Tidak ada pergeseran yang berlaku antara makcik dan suami serta madu."

Namun takdir ALLAH tiada yang dapat menduga. Suami dan madu makcik bercerai talak tiga di Makkah tanpa pengetahuan makcik. Menurut suami dia dan isterinya yang kedua sering bergaduh lantaran madu makcik menuduh suami tidak adil dan melebihkan isteri pertama sahaja. Dia meminta cerai kerana dia mahu pulang ke negaranya semula. Lagipun dia belum ada anak bersama suami.

"Apabila selamat sampai ke Malaysia barulah suami menceritakan kepada makcik apa yang sebenarnya terjadi. Syukurlah ibadah makcik dijaga oleh ALLAH. Jika di Makkah makcik mendapat tahu mengenai hal ini sudah pasti hati akan diburu gelisah dan rasa bersalah."

Makcik tak mahu menjadi punca keruntuhan masjid orang lain. Na'uzibillah. "ceritanya dengan panjang lebar.
Detik hati saya berkata...
"Wanita ini memang layak menikmati bahagia. 
Alangkah bersih dan suci hatinya...Mampukah kita menjadi setabah itu?"
Penulisan Dr Rushmini Mas
Poliklinik Penawat Semenyih
Disalin semula oleh RP dari
>>> Majalah Mingguan Wanita Mei 2010.

SUAMI ISTERI @ Rahsia Perkahwinan

No comments