728x90 AdSpace

ARTIKEL BARU

20 January 2015

NASI SUDAH MENJADI BUBUR...


Mulalah segalanya dari yang kecil. Jangan kerana ingin di lihat hebat kita memulakan sesuatu perkara itu dengan yang besar padahal kemampuan kita untuk mengendalikan perniagaan yang besar itu sama sekali tak memadai dan diluar kemampuan kita.
Dalam khazanah bahasa Melayu, ada peribahasa yang berbunyi “Nasi sudah menjadi bubur”, yang mana membawa maksud “Kejadian atau perbuatan yang telah telanjur terjadi atau dilakukan yang sukar untuk dipulihkan ”. 
Bagaimana seharusnya kita, sebagai umat Islam, memahami akan keadaan ini? 

Ini adalah pengalaman peribadi saya. Pada satu hari, salah seorang saudara kami telah tersilap percaturan di dalam perniagaannya sehingga hancur musnah perniagaannya. Kami, saudara mara yang terdekat, berasa kesian dan atas perasaan bertanggung jawab dan kasih sayang, kami bertekad untuk membantu dia dengan segala yang kami mampu agar dapat meringankan masalah yang sedang dihadapinya.

Salah seorang adik iparnya mengatakan, “Bang, nasi sudah menjadi bubur. Tidak mungkin kita mampu untuk mengembalikan bubur yang telah berubah menjadi nasi. Yang mampu kita lakukan, hanyalah kita jadikannya dalam bentuk bubur dan kemudian dapatlah dimakan bersama. Bahkan, jika kita pandai...bubur ini akan menjadi lebih lazat daripada nasi yang selalu kita makan.

Perumpamaan yang luar biasa dari nenek moyang kita tetapi moral yang dapat kita pelajari adalah bahawasanya....ketelanjuran yang telah terjadi selalunya akan dianggap sebagai perkara yang negatif malah kita akan rasa penuh penyesalan namun ianya akan menjadi positif sekiranya kita dapat melihat daripada perspektif yang berbeza.

Alhamdulilah, berkat kesabaran dan redha atas apa yang telah berlaku padanya dan dengan bantuan daripada kami yang tak seberapa, dia mampu untuk bangun semula sedikit demi sedikit. Dia mendengar nasihat yang telah diberikan oleh adik iparnya itu malah penuh bersemangat dia menaik tangga untuk kembali membina kejayaan semula.
Bermulalah dengan sesuatu yang kecil, kemudian ianya pasti akan menjadi besar.
Konsep yang disampaikan adik iparnya itu sungguh sesuai dengan ajaran Islam.

Islam telah mengajarkan kepada kita, jangan sekali-kali berprasangka buruk kepada ALLAH. Percayalah, apa pun yang ALLAH SWT berikan kepada kita, itulah yang terbaik.
Begitu juga yang terjadi pada saudara kami itu. Bankrap yang ia alami, dalam pandangan kita, mungkin adalah satu keburukan. Namun, di balik itu, ada satu pengajaran yang sangat berharga. Iaitu, bermulalah segalanya dari yang kecil. Jangan kerana ingin dilihathebat kita bermula dengan yang besar padahal kemampuan kita untuk menguruskan perniagaan yang besar itu sama sekali tak memadai.

Doa Nabi Yunus

Namun, bagaimanapun, terkadang kita merasakan bahawa kita berada dalam keadaan yang begitu sengsara, yang seolah-olah tiada lagi jalan keluar. Dalam keadaan bergini, Islam juga memberikan solusiNYA. Yakni, bacalah doa Nabi Yunus:
لا اله الا انت سبحانك اني كنت من الظالمين
La ilaha illa Anta, Subhanaka, inni kuntu minaz zalimin

 Maksudnya, "Tiada Tuhan melainkan Engkau (ya ALLAH)! Mahasuci Engkau. Sesungguhnya aku termasuk orang-orang yang menganiaya diri sendiri." – Al-Qur’an surah Al-Anbiyaa (21): 87.

Ketika diutus kepada kaumnya namun mereka enggan menerima dakwahnya, Nabi Yunus marah. Dan dalam keadaan marah, ia meninggalkan kaumnya dan menaiki kapal.

Dalam pelayaran, kapal tersebut hampir tenggelam kerana ramai sangat penumpang barunya...Maka akhirnya pengundian pun dilakukan bagi menentukan siapa yang harus dibuang ke laut atau teruskan kapal agar kapal tidak tenggelam.

Ternyata Nabi Yunus-lah yang harus dibuang ke laut, maka ia pun terjun ke laut.

Di dalam lautan, Nabi Yunus ditelan oleh seekor ikan yang besar. Dalam perut ikan yang gelap-gulita itulah Nabi Yunus menyedari kesalahannya, yakni melarikan diri dari misi dakwahnya. Maka ia pun berdoa dengan doa di atas, dan ALLAH telah menyelamatkannya.

Diolah dan disalin semula oleh RP
dari >>> majalah-alkisah.com
  • Blogger Comments
  • Facebook Comments

0 comments:

Post a Comment

Item Reviewed: NASI SUDAH MENJADI BUBUR... Description: Rating: 5 Reviewed By: rahsia perkahwinan
Scroll to Top