728x90 AdSpace

ARTIKEL BARU

08 January 2015

MAAFKAN AKU WAHAI ISTERIKU


Isteriku, aku sedari sikapku selama ini. Aku akui tingkah laku yang ada masanya keterlaluan menyinggung dan mengguris perasaanmu. Aku faham ketidak selesaan yang kau alami apabila aku mempertahankan sikap egonya seorang lelaki yang bergelar suami. Sesungguhnya tidak pernah kau ketahui kerana aku tidak pernah menyuarakannya. Itulah antara kelemahan suamimu yang harus kau tahu. Lelaki yang selama ini dianggap gagah ternyata begitu lemah. Lemah kerana tidak berdaya mengaku kesalahan. Jauh di sudut hati kecilku lahir perasaan simpati padamu. Banyak peluang menyambung pelajaran atas desakanku. Kau boleh menuduh aku pentingkan diri sendiri tapi aku takkan marah kerana ternyata kenyataan itu benar. tapi aku tak sanggup nak menghadapi saat-saat kau jauh dari sisiku. dan yang penting aku takut kau berubah hati apabila kau menemui jejaka yang lebih hebat daripadaku.

Kini kau bukan saja isteriku malah ibu kepada anak-anakku. Aku simpati padamu. Apakan tidak, dikala aku masih nyenyak bertemankan mimpi, kau sudah bangun menjalankan rutin harianmu diwaktu pagi. Pulangmu walaupun lebih awal daripadaku tapi aku mengerti letihmu seharian di pejabat yang belum hilang terpaksa kau lupakan tatkala harus melayan kerenah anak-anak di samping menyambung tugasmu sebagai isteri dan ibu.


Selama perkahwinan kita aku mempertahankan takhtaku sebagai raja dalam istana. Sebagai nakhoda di dalam bahtera. Bukan aku tak simpati dan bukan aku tak mengerti tapi itulah sikap seorang lelaki. Memang aku akui. Sukar bagiku untuk menghilangkan sikap egoku ini. Dan kau isteriku walaupun selama ini kau memahami tapi aku tetap ingin meminta pengertian daripadamu. Aku bekerja tidak seindahmu. Suasana tidak senyaman pejabatmu.

Aku bekerja dalam keadaan yang terdedah pada cuaca panas kering dan kadangkala hujang dingin. Sehingga apabila kakiku menjejak ke dalam rumah, aku bagaikan hilang langkah dan kata-kata. Ku biarkan kau seorang diri menguruskan rumah dan anak-anak. Kusedari diriku tak adil. Tanggungjawab yang patutnya kupikul kau bantu. tapi kerja-kerjamu aku hanya diam membisu, 
Isteriku akan aku cuba untuk berubah sedikit demi sedikit. Akan ku bantu tugasmu yang terdaya olehku. Kupohonkan padamu, berilah aku waktu. Tapi andainya aku tidak berjaya sepenuhnya terimalah aku seadanya.
Maafkan aku wahai isteriku. Walaupun tidak ku ungkap setiap hari, jauh sekali ku luahkan setiap detik, aku ingin kau ketahui yang aku amat-amat menghargai segala pengorbananmu selama ini. Jasamu sangat ku sangjung tinggi. Kesabaran dan ketabahanmu tersemat kemas di dalam hatiku. Isteriku tiada hadiah dan tiada cenderahati yang dapat ku berikan padamu. 
Tiada kata-kata dan ungkapan yang lebih indah dan bermakna melainkan sesuatu yang suci murni lahir dari hatiku bahawa aku menyayangi dan mencintaimu. Semoga kehidupan kita sekeluarga diberkati Tuhan dan kekal bahagia selama-lamnaya

Disalin semula oleh RP dari
MAJALAH WANITA OKTOBER 2003 
  • Blogger Comments
  • Facebook Comments

0 comments:

Post a Comment

Item Reviewed: MAAFKAN AKU WAHAI ISTERIKU Description: Rating: 5 Reviewed By: rahsia perkahwinan
Scroll to Top