728x90 AdSpace

ARTIKEL BARU

19 January 2015

KISAH MALAM JUMAAT SUAMI ISTERI



Pada satu malam yang dingin, iaitu malam Jumaat, di dalam sebuah bilik yang besar, diatas katil yang empuk sepasang suami isteri yang telah berumur baru masuk tidur.

Suaminya telah mula mengantuk dan ingin melelapkan mata tapi isterinya pula terbangkit perasaan ghairah malam itu….

Dengan perlahan si isteri bersuara, “Dulu-dulu kan bang….. abang selalu pegang tangan saya bila kita nak tido.”

Suaminya dengan separuh sedar, menggenggam tangan isterinya, lepas tu mula mengantuk semula.

Kemudian, si isteri bersuara lagi,

“Lepas tu…. abang selalu cium saya.”

Si suami dengan rasa terganggu, mengangkat kepalanya dan menyentuh bibirnya ke pipi si isteri.

Lepas tu si suami sambung tidur balik.

Selepas beberapa saat, si isteri bersuara lagi,

“Kemudian tu…. abang selalu gigit-gigit leher saya…….”

Dengan perasaan marah dan geram, si suami melontar selimutnya dan bangun dari katil tu. Si isteri bertanya, “Abang nak gi mana tu?”

Dengan marah suaminya menjawab, “Nak gi amik gigi la ni!!!

BACA JUGA


  • Blogger Comments
  • Facebook Comments

0 comments:

Post a Comment

Item Reviewed: KISAH MALAM JUMAAT SUAMI ISTERI Description: Rating: 5 Reviewed By: rahsia perkahwinan
Scroll to Top