Breaking News

KETAHUI 4 CIUMAN YANG PENTING BUAT ISTERI


Satu ciuman sememangnya penting dalam diari hidup seorang wanita. Bahkan anda sendiri tentu suka, jika pasangan anda tahu menggunakan mulutnya, bukan sekadar berkomunikasi malah melakukan aktiviti lain, namun jangan fokus pada bahagian bibir sahaja, sudah tentu membosankan kadang kadang. Kerana ada 4 lagi bahagian tubuh yang mampu membangkitkan rasa sayang, jika dipraktikkan.


Sendi

Bahagian siku dan bahagian dalam lutut sebenarnya memiliki kulit lebih sensitif. Malah ia tempat paling sempurna untuk dicium. Cubalah gosokkan bibir anda dengan lembut dan tahanlah beberapa saat disitu.

Tangan
Mencium bahagian belakang telapak tangan seorang wanita sudah lumrah. Pun begitu bahagian telapak tangan dan jari juga memerlukan perhatian untuk mendapat sentuhan tersendiri dari bibir anda.
Leher wanita - semestinya menjadi tempat persinggahan kerana ia merupakan bahagian tubuh tubuh wanita yang paling sensitif untuk dicium yang boleh membangkitkan ghairah. Mesti tegak bulu roma.



Telinga
Ciuman dibahagian telinga juga memberi sensasi tersendiri, terutama didaun telinganya. Bisikkan kata kata manis sementara anda menciumnya. Pasti menarik bukan?

Tentu sahaja teknik diatas membuatkan anda rasa lebih relaks dan dihargai, dengan segala sifat kemanjaan yang diberikan dalam bentuk ciuman. apapun ingatlah, bersihkan mulut anda dahulu sebelum melakukan ciuman..hehe

BACA JUGA


No comments