728x90 AdSpace

ARTIKEL BARU

26 January 2015

KERANA TERLAMPAU INGINKAN ANAK...AKU HILANG ISTERIKU

Andai dapat diundur masa, pasti aku tidak mahu ini yang berlaku, Dia yang amat ku kasihi perigi tidak lagi kembali. Kehilangannya menjadi satu tamparan hebat dalam hidupku kini. Sesungguhnya aku rasa berdosa atas kesilapan yang aku lakukan.

Biarlah aku berkongsi kisah hidupku agar menjadi pengajaran buat lelaki bergelar suami. Ingatlah isteri adalah amanah buat kalian.


Aku mengahwini Liya atas dasar cinta. Liya wanita yang baik. Punyai ciri-ciri seorang wanita yang sempurna. Pandai memasak, bersopan-santun, kuat didikan agama dan punya penampilan menarik. Memandangkan Liya anak yatim piatu, dia begitu mengharapkan agar aku menjadi pelindung kepada dirinya. Sudah tentunya tatkala itu aku berjanji sepenuh hati untuk memberikan yang terbaik buatnya.
Perkahwinan kami bahagia. Bagaimanapun setelah dua tahun berkahwin, Liya mula risau kerana masih tidak hamil. Aku pulang sering kali memintanya bersabar kerana ALLAH Ta'ala Yang Maha Mengetahui segalanya.
Pelbagai ikhtiar dilakukan agar kami dikurniakan anak. Bertemu doktor pakar untuk membuat rawatan kesuburan, berurut secara tradisional dan pelbagai suplemen diambil. Sudah tentunya banyak wang digunakan untuk tujuan tersebut. aku sendiri telah melakukan pemeriksaan dan ternyata aku tidak bermasalah. Cuma masalah hormom yang dihadapi Liya membataskannya untuk hamil.

Tahun berganti tahun. Setelah tujuh tahun usia perkahwinan kami, bukan Liya sahaja yang risau tetapi aku sendiri tidak lagi senang duduk. aku merasakan betapa sunyinya rumah tangga kami tanpa suara kanak-kanak.

Aptah lagi usiaku yang makin meningkat tanpa zuriat. Liya mencadangkan untuk mengambil anak angkat tetapi itu bukanlah penyelesaian kepada masalah kai. Aku teringin seklai dipanggil ayah oleh ankku sendiri. Ada kalanya terselit rasa malu apabila menjadi bahan jenaka rakan-rakan.


INGIN BERKAHWIN.
Nina teman rapatku semenjak di bangku sekolah beitu memahami perasaanku. Dia ibu tunggal beranak dua. Memandangkan aku sering mencertitakan kesedihanku ini kepadanya, hubungan kami menjadi rapat.
Hubungku dengan Nina bertambah erat. Anak-anaknya yang mudah mesra membuatkan aku semakin kepingin anak. Tanpa disedari aku mula jatuh kasih kepada anak-anak itu. Begitu juga Nina. Lantas aku memaklumkan keinginanku kepada Nina untuk menjadikannya isteriku. Niatku untuk mendapatkan zuriatku sendiri. Tidak kupercaya Nina sudi menerim hasratku itu biarpun sekadar bergelar isteri yang kedua.
Aku memberanikan diri untuk memberitahu Liya. Sebaik aku menyatakan keinginanku itu, aku lihat riak wajahnya yang kaku, tiada bereaksi. Namun aku pasti juah di sudut hatinya dia begitu sedih. Semalaman dia tidak bercakap dengan aku.

Pada pagi itu ketika bersarapan, dia membenarkan aku berkahwin tapi aku mesti melepaskannya. Dia tidak mahu bermadu. Aku menolak permintaannya. Aku tetap menyayanginya dan tidak sesekali mahu menceraikannya.

Namun jauh di sudut hatiku, antara alasan lain yang membuatkan aku tidak mahu melepaskannya kerana dia banyak menanggung kos kehidupan kami lantaran pendapatannya berniaga sendiri lebih besar berbanding aku yang makan gaji. Malah dia juga begitu disayangi oleh ibu bapa dan adik-beradikku yang lain. 

Hubungan kami selepas itu semakin keruh. Walaupun serumah, kami tidur berlainan bilik. Aku sendiri serba salah untuk menegurnya. Wajah Liya sentiasa muram dan hampir setiap malam aku mendengar tangisannya yang sungguh menyentuh hatiku. Teringin sekali aku memohon maaf kepadanya kerana keterlanjuranku tetapi dalam masa yang sama aku tetap mahukan anak.

Dalam masa yang sama ibu bapa dan kakakku marah dengan tindakanku. Mereak meminta aku bersabar dan terus berikhtiar. Kata mereka, ada saudaraku yang berkahwin sehingga 15 tahun dan tidak dikurniakan anak. Namun dengan kuasa ALLAH Ta'ala mereka akhirnya menimang cahaya mata saban tahun dan kini telah pun mempunyai lima orang anak.

TERLALU TERTEKAN.
Tanpa disangka. Liya menghadapi tekanan. Dia menangis dan terus menangis. Tubuhnya semakin kurus. Wajahnya cengkung. Dia enggan makan. Hanya sesekali keluar dari biliknya untuk minum. Apabila ditegur dia hanya mendiamkan diri. Dunianya hanya dibilik. Perniagaannya juga tidak lagi diperdulikan. Aku terpaksa meminta bantuan keluargaku untuk memujuk Liya, tetapi tidak berjaya. Habis cara untuk mengambalikan Liya yang dahulu.
Dua bulan berlalu sehinggalah pada suatu hari, tergerak di hatiku untuk mengajak Liya bersama-sama melakukan solat Subuh, seperti yan gkami lakukan sebelum ini. Aku ingin sekali memohon maaf. Aku mahu menyatakan kepadanya bahawa aku tidak sesekali akan menduakannya. Biarlah tanpa anak, aku sanggup.
Liya tidak juga membuka pintu biarpun berkali-kali aku mengetuknya. Keras sungguh hatinya. Namun aku berasa tidak sedap hati. Lantas aku mencari kunci pendua dan sebaik pintu berjaya dibuka, aku melihat Loya berbaring di sejadah.

Wajahnya terlindung oleh telekung. Segera aku menggoncang tubuhnya namun Liya kekal begitu. Dalam ketakutan bimbang kehilangannya aku memberanikan diri meletakkan jariku ke hidungnya. Tiada hembusan nafas. Aku melarikan anak mata ke dadanya kaku. Sedarlah aku bahawa aku benar-benar kehilangan Liya.

Air mataku mengalir. Sesal yang tiada penghujungnya. Liya telah melaksanakan janjinya untuk menyayangiku sehingga ke akhir hayatnya tetapi aku pula memusnahkan kepercayaannya. Tiada lagi cinta kedua dalam hidupku. Aku rela hidup sendiri hingga ke akhir hayatku.
Buat Allahyarhamah Liya, semadilah engkau di sana. Semoga rohmu ditempatkan bersama mereka yang beriman.
Sumber : Mingguan Wanita Februari 2013 
  • Blogger Comments
  • Facebook Comments

0 comments:

Post a Comment

Item Reviewed: KERANA TERLAMPAU INGINKAN ANAK...AKU HILANG ISTERIKU Description: Rating: 5 Reviewed By: rahsia perkahwinan
Scroll to Top