728x90 AdSpace

ARTIKEL BARU

27 January 2015

SUAMI KEMBALI SAYANG DALAM MASA 7 HARI

APABILA telah menempuh alam rumah tangga untuk satu jangka masa yang lama, pastinya belaian dan sentuhan manja pasangan suami isteri semakin pudar sedikit demi sedikit. Si dia tidak lagi memerhatikan pasangan ketika berjalan masuk ke kamar.

Atau, sejak kebelakangan ini, si dia asyik menonton perlawanan bola sepak tanpa mengerjakan hal-hal lain, sehinggakan segala permintaan yang dipinta tidak dipedulikan.


Sekiranya sudah sampai ke tahap sedemikian, tibalah masanya untuk kamu melakukan sesuatu, demi mempertahankan keutuhan rumah tangga, sekali gus dapat meningkatkan keintiman kamu bersama.

Intim minggu ini berkongsi tip bagaimana caranya untuk menyegarkan keintiman dalam melayari alam perkahwinan dengan mencalit secubit rasa cemburu kepada si dia.
Hari pertama: Cermin diri.
Terokai bayangan diri kamu menerusi cermin. Bilakah hari terakhir kamu ke salon kecantikan atau menukar stail rambut? Buat temu janji dengan pakar kecantikan untuk mengubah dan mereka gaya rambut terkini, lulur badan serta membuat rawatan pedicure dan manicure.
Ingat, tiada siapapun yang akan mencemburui diri kamu sekiranya berani berpenampilan versatil dan vouge.

Hari kedua: Manjakan diri.
Ingin menjadi wanita dambaan lelaki? Sekiranya jawapanya ‘ya’, laburkan wang simpanan demi kebahagiaan kamu dan pasangan. Belilah sepasang sepatu hitam dan kenakan baju rekaan terkini. Biarpun harganya murah dan tiada jenama, asalkan bergaya.

Luangkan masa membeli-belah pakaian dalam yang bercorak luar biasa, tetapi jangan terlalu menggoda.


Ketika kamu pulang ke rumah, letakkan barangan yang dibeli itu di tempat yang tersembunyi dan kamu tidak perlu membuka satu persatu barangan yang dibeli di hadapannya. Bagi membangkitkan suasana romantis, biarkan sedikit renda pakaian dalam terkeluar daripada bungkusannya.
Jangan sesekali bercerita tentang barangan tersebut ketika si dia tiba di rumah. Malah, kenakan pakaian dalam pada hari pertama anda membelinya. Biar si dia terkejut dengan penampilan anda di malam hari.

Hari ketiga: Berhibur dengan teman wanita.
Hindari daripada membuang masa di rumah berseorangan. Cipta suatu hobi agar kamu menjadi seorang wanita yang terlalu sibuk. Bergaul dengan teman-teman yang si dia tidak kenali di luar rumah. Buatlah sesuatu agar si dia tahu anda seorang wanita paling bahagia sekiranya tanpa dia di sisi.

Hari keempat: Luangkan masa ke gimnasium.
Pastikan bahawa pusat gimnasium yang dihadiri itu dibuka untuk pasangan lelaki dan perempuan. Di depannya, sebut sepintas lalu beberapa nama teman lelaki yang ada di sana dan bagaimana mereka lakukan senaman.

Beritahu kepadanya betapa kamu menghargai usaha yang dilakukan mereka untuk memiliki tubuh yang mantap.

Hari kelima: Timbulkan rasa tanda tanya.
Sekiranya kamu sudah selesai menjalani rutin harian di rumah seperti memasak, mandi dan berdandan, jangan lupa menikmati makan malam nan indah bersamanya. Jika dia memuji masakan kamu, jangan tunjukkan bahawa anda terkejut dengan pujiannya itu.

Hari keenam: Manfaat jiran tetangga.
Untuk mengembalikan hubungan yang semakin pudar, minta bantuan daripada jiran tetangga untuk memperbaiki barangan dapur elektrik yang rosak di kediaman kamu. Pastikan jiran kamu itu masih berada di sekitar kamu ketika si dia datang menghampiri. Cara ini sememangnya mencabar keupayaan si dia sekali gus membuktikan bahawa kamu amat memerlukan bantuan daripada si dia berbanding jiran.

Hari ketujuh: Cukup setakat itu sahaja.
Jika kamu benar-benar mencintainya, tidak perlu lagi kamu berusaha bermati-matian semata-mata untuk melukai hatinya. Cukuplah kamu menguji keimanannya selama seminggu agar ia tidak memberi kesan mendalam terhadap perhubungan.

Kadang-kadang, perbicaraan dari hati ke hati adalah medium komunikasi paling berkesan dalam menyegarkan alam perkahwinan. Katakan kepadanya, dialah cinta pertama dalam hidup kamu dan tiada siapapun yang dapat menandinginya. Lelaki inginkan dirinya dihargai dan dipuji walaupun tidak selalu.
Andai kamu mempunyai kematangan secara emosional, seksi, tolak ansur dan penuh kasih sayang, tiada alasan untuknya tidak mahu berdampingan dengan kamu pada setiap masa.


  • Blogger Comments
  • Facebook Comments

0 comments:

Post a Comment

Item Reviewed: SUAMI KEMBALI SAYANG DALAM MASA 7 HARI Description: Rating: 5 Reviewed By: rahsia perkahwinan
Scroll to Top