Breaking News

ISTERI LEBIH BERUSIA SANGGUPKAH?


Jika wanita mengahwini lelaki berusia itu perkara biasa dan tidak menjadi masalah. Namun jika lelaki memilih wanita lebih berusia sebagai pasangan hidup pasti ada suara-suara sumbang yang mengata. Dalam hal ini apa komen daripada lelaki itu sendiri?

LEBIH SUKA ISTERI YANG MUDA
Pada saya isteri yang sedikit muda berbanding usia saya lebih baik. Tapi kalau sudah jodoh dengan wanita lebih berusia saya tidak menolak. Namun jika boleh saya akan mengelak. Ini kerana isteri yang lebih muda lebih senang untuk ditegur.

Jika isteri lebih berusia daripada suami, saya takut timbul rasa tidak hormat kerana ada perbezaan umur dan mereka mungkin akan menggangp suami tidak matang. Sebelum timbulnya masalah yang lain pula, kita kena tahu sejauh mana kekuatan diri sendiri.

- Kaml Khalid Kamarudin

BUKAN MASALAH BESAR
Bagi saya jika isteri sedikit berusia berbanding suami itu bukanlah satu masalah besar. Apabila sudah menjadi suami dan ketua keluarga tidak timbul masalah sukar untuk memberikan rasa hormat pada suami. Apa-apa pun sebagai isteri mereka perlu tahu suami wajib untuk dihormati.

Di pihak suami pula tidak timbul masalah sukar membentuk ataupun menegur isteri. Sebagai suami kita kena tahu tanggungjawab dan pada bila masa sesuai untuk menegur isteri.

Dalam perkahwinan begini, setiap pasangan perlu membuang rasa ego masing-masing agar tidak timbul perbalahan yang membabaitkan perkara yang remeh temeh. Masing-masing perlu matang dalam mengendalikan apa sahaja.

Sebenarnya berkahwin dengan wanita yang lebih matang banyak kelebihannya. Mereka bijak menguruskan dan menyesuaikan diri serta yang penting tidak bersifat kebudak-budakan. Mereka matang dalam membuat keputusan dan tidak cepat melatah jika ada sesuatu masalah.

- Mohd Azlan Othman.


LEBIH MATANG
Jika isteri lebih berusia daripada suami ada baiknya juga. Saya sendiri tidak kisah lagipun ramai yang sudah membuktikan bahawa berkahwin dengan wanita yang lebih berusia juga boleh mengecap kebahagiaan dalam rumah tangga. Usia bukanlah faktor utama untuk bahagia, apa yang penting adalah hati dan perasaan dan cara kita mengendali alam rumah tangga itu sendiri.

Sama ada lebih berusia, sebaya ataupun lebih muda itu hanyalah satu angka. Perkara yang lebih penting ialah cara kita menghormati pasangan masing-masing.

Satu yang baik mempunyai isteri lebih berusia mereka ini sudah matang dan pastinya tiada masalah untuk sama-sama bekerjasama dalam rumahtangga.

- Kayrul Amry Yusoff

TAK MAHU TIMBUL KONFLIK
Saya lebih senang memilih isteri yang lebih muda. Ini kerana apabila sudah berusia kelak mereka masih kelihatan muda berbanding dengan suaminya sendiri. Memang benar umur hanyalah angka sahaja. Tetapi saya tidak mahu timbul konflik pada kemudian hari lagipun cita rasa orang berbeza-beza.

Ada yang suka pada yang lebih berusia dan ada pula yang tidak. Namun jika sudah ditakdirkan itu jodoh saya pastinya saya terima sahaja dengan hati terbuka. Mungkin itu yang terbaik untuk diri kita.

- Abdul Halim Abdul Wahab.

No comments