728x90 AdSpace

ARTIKEL BARU

26 January 2015

ISTERI GARANG RUMAHTANGGA GOYANG?


ALLAH ciptakan manusia dengan sebaik-baik kejadian malah untuk wanita itu sendiri dikurniakan sifat lemah lembut dan penuh kasih sayang. Tidak cukup dengan itu darjatnya juga dibaikkan sebaik bergelar ibu. Jadi sudah tentu ada sesuatu yang membuatkan isteri-isteri ini bertukar karakter menjadi seorang yang garang dan gemar membentak.

Bagi mereka yang bekerja masalah penat di pejabat boleh dikatakan salah satu punya. balik sahaja ke rumah ada lagi tanggungjawab yang harus dilunaskan seperti menyiapkan makanan dan mengurus anak-anak. Jika suami buat tak tahu sahaja sudah pasti isteri-isteri ini menunjukkan marahnya. Maklum sahajalah sensitif jadi bila perasaannya diusik maka berubahlah personalitinya.

Sebenarnya terdapat seribu satu macam alasan yang membuatkan para isteri mudah menjadi individu yang garang. menurut Dato' Ustazah Siti Nurbahyah Mahmood selaku penceramah dan penulis buku berkaitan keluarga bahagia, isteri yang kurang mendapat perhatian serta kasih sayang suami boleh bertukar karakter sekelip mata.

Begitu juga apabila suami pulang lewat ke rumah tanpa maklumkan terlebih dahulu. Isteri sebenarnya boleh bertolak ansur sekiranya suami jujur menceritakan hal yang sebenar. Berikut adalah beberapa lagi punca yang menjadikan isteri garang..

PUJI WANITA LAIN.
Suami gemar puji wanita lain di hadapan isteri. Mungkin niat hendak bergurau tetapi bagi segelintir isteri, ia bukanlah satu jenaka tetapi sindiran dan cabaran yang ditujukan kepadanya.

SUAMI PERNAH CURANG.
Mungkin suami pernah berlaku curang. Oleh kerana itu isteri bertindak untuk menguasai rumah tangga dengan mengawal sepenuhnya tindak tanduk suami sekalipun dia hanya keluar bekerja.

TIADA PENGHARGAAN.
Apa yang diharapkan bukanlah sesuatu yang besar, memadailah ucapan atau hadiah yang ringkas seperti bunga, coklat atau apa sahaja yang menjadi kesukaannya ketika ulang tahun kelahiran atau perkahwinan. atau mungkin lebih mudah ucapkan terima kasih apabila isteri melakukan sesuatu untuk anda seperti memasak, menggosok baju dan macam-macam lagi. Ini tidak, pantang ada salah sedikit, suami hanya tahu merungut dan marah-marah sambil menyuruh itu dan ini. Ingat, isteri bukanlah hamba abdi sebaliknya insan yang perlu disayangi dan dilindungi.


DIDIKAN KELUARGA.
Mungkin isteri sudah terdedah dengan didikan yang lasak dan kasar dengan keluarganya. Secara tidak langsung, di a telah membaca sikap tersebut dalam rumah tangganya. Jadi tidak hairanlah apabila kata-kata yang diucapkan makan dalam dan berbaur keras.

PENAT.
Isu penat berkait rapat dengan topik ini. Isteri yang pulang dari pejabat terus berkejar ke rumah untuk mengurus anak-anak sedangkan kelibat suami masih belum kelihatan. Sampai sahaja suami di rumah, bukan hendak meringankan kerja sebaliknya mengarah inginkan kopi dan berehat di sofa sambil membaca akhbar. Jadi tidak hairanlah isteri yang lintang pukang di dapur mudah menjerit memarahi anak-anak, biarpun hakikatnya melepaskan tekanan menegur suami yang tidak berperasaan. Secara tidak langsung situasi ini mencetuskan satu emosi yang tidak stabil maka keluarlah satu demi satu kata-kata negatif daripada isteri. Lebih parah apabila suami membalas dengan nada yang lebih tinggi.

Tidak bolehlah begini. bayangkan kalau dua-dua menjerit siapa yang mendengar pertengkaran tersebut? Sudah pastilah anak-anak malah dalam masa yang sama, mereka telah belajar sesuatu yang tidak baik daripada kedua orang tuanya. Sebaiknya individu yang telah berkahwin perlu tunjukkan ciri-ciri yang berbeza dari si bujang. Jangan balik ke rumah jam dua ke tiga pagi dan menyerahkan sepenuh tanggungjawab menjaga anak-anak kepada isteri. kalau hendak dikata penat, sama-sama penat bekerja malah isteri lebih ekstra.

Sebenarnya bahaya bagi isteri jika meneruskan sikap garang ini. Jika suami tak redha, maka anda seorang isteri yang derhaka. Banyak kategori isteri-isteri grang menjadikan suami seperti orang suruhan. Mungkin disebabkan faktor pendidikan, latar belakang keluarga atau perolehan gaji yang lebih tinggi daripada suami, membuatkan isteri berani bertindak melampau batas.

TIPs LEMBUTKAN HATI ISTERI.
Jadi bila bertemu jodoh dengan isteri garang maka suami perlulah lakukan sesuatu. Tingkah laku yang romantis mislanya mampu melembutkan hati isteri seklaigus mengurangkan kemarahannya.

Antaranya lakukan dua perkara di bawah ini.

1. KERAP DATING BERSAMA
Walaupun sibuk dengan kerja, cuba luangkan masa untuk bertemu secara peribadi dengan isteri di luar rumah. Mungkin makan tengah hari atau menonton wayang. Kembalikan saat-saat bercinta dan tawanlah hatinya semula.

2. TERUSKAN AMALAN SUAP MENYUAP
Meskipun anak dah ramai tetapi jangan sesekali tinggalkan atau malu beraksi dihadapan mereka. Mungkin anda dicabar dengan kata-kata "Tak malulah abah dan mak dah tua tetapi masih nak suap-suap" Pedulikan sahaja kerana itulah resipi yang mampu membuatkan isteri lembut kembali.

Kesimpulannya suami perlu meletakkan isteri di tempat yang paling istimewa di hatinya selain ibu. Walaupun dia melakukan kerja-kerja rumah, usah sekali-sekali menganggapnya sebagai bibik dan berilah layanan sebaik mungkin. Jangan sekali-sekali membuat keputusan yang drastik sebagi contoh isteri yang bertukar menjadi singa maka suami sedia menjadi pencaranya sebagai harimau.

Belajarlah kawal emosi dan fikir semasak-masaknya sebelum lafazkan talak yang mampu merosakkan rumah tangga. Pepatah Cin ada menyebut bahawa tangan yang menghulur bunga mawar, mesti tangan itulah yang akan berbau wangi. Oleh itu tak salah berbuat baik kepada pasangan. Berusahalah menjadi seorang isteri yang solehah dan sentiasa berada dalam redha suami. Insya ALLAH syurga yang indah menanti di sana kelak.

sumber MINGGUAN WANITA FEBRUARI 2013



  • Blogger Comments
  • Facebook Comments

0 comments:

Post a Comment

Item Reviewed: ISTERI GARANG RUMAHTANGGA GOYANG? Description: Rating: 5 Reviewed By: rahsia perkahwinan
Scroll to Top