728x90 AdSpace

ARTIKEL BARU

16 January 2015

HILANG KASIH ISTERI PUTUS KASIH ANAK


Bukan niat aku untuk memalukan sesiap tetapi aku sekadar ingin berkongsi cerita dengan pembaca semua tentang betapa sukarnya hidup berumah tangga sekiranya ibu mentua campur tangan dalam soal rumahtangga. Aku bertemu jodoh dengan Farina (bukan nama sebenar) dalam sebuah majlis makan malam anjuran syarikat Farina bekerja.
Perawatakan Farina yang lemah lembut dan peramah membuatkan aku terpaut hati padanya sejak pertama kali berkenalan dengannya. Farina mempunyai auranya tersendiri. dapat kurasakan getaran jiwaku ketika pertama kali bertentang mata dengannya. Inilah yang dikatakan cinta pandang pertama.
Kami berkawan selama hampir setahun. Bagi pihak keluargaku, mereka tidak ada sebarang masalah tetapi yang menjadi masalah ialah daripada pihak keluarga Farina kerana ibu Farina sebenarnya ingin menjodohkan Farina dengan anak rakan karibnya yang bekerja sebagai pengurus bank. Aku tahu aku tidak sepadan dengan Farina kerana aku bekerja sebagai pegawai rendah sahaja. Tetapi demi cinta suci kami, Farina bertekad menyakinkan ibunya bahawa sudah tersurat jodoh antara kami berdua.


Melihatkan kesungguhan Farina memperjuangkan cinta suci kami, akhirnya ibu Farina terpaksa akur. Majlis perkahwinan kami dilangsungkan dengan begitu meriah sekali memandangkan Farina merupakan anak tunggal dalam keluarganya. Selepas berkahwin, aku menyuarakan pandangan untuk berpindah ke rumah sewa kerana ingin belajar hidup berdikari tetapi malangnya ibu Farina menghalang kononnya rumahnya besar, buat apa nak pindah ke rumah sewa. Buat membazirkan wang sahaja katanya. Lagipun Farina tidak ada adik beradik yang lain, jadi lebih elok Farina dan aku tinggal bersama-samanya.

Sejak awal lagi aku dapat merasakan bahawa ibu mentua tidak berkenan dengan diriku. Jelas dia menerimaku dengan cara terpaksa. Aku jarnag berbual dengan ibu mentua. Bukan tidak mahu menegur tetapi sepatah ditanya, sepatah yang dijawabnya. Walaupun Farina menyedari keadaan itu tetapi dia tetap kelihatan tenang. Katanya mungkin mengambil masa sedikit untuk aku menyesuaikan diri dengan ibunya.

Genap tidak bulan perkahwinan kami Farina disahkan mengandung. Gembiranya hatiku. Ibu mentua juga sangat gembira dia juga bakal menjadi nenek. Ketika di awal kehamilan, Farina mengalami mabuk agak teruk. Tubuhnya kurus cengkung kerana kerap muntah dan pening-pening. Aku memahami keadaannya.

Sejak Farina hamil, rezeki kami semakin mencurah-curah. Aku dinaikkan pangkat sebagai pengurus bahagian. Bagaimanapun aku perlu bertugas di utara tanah air. Memikirkan keselematan Farina lebih penting dari segala-galanya sementelah pula Farina sedang menunggu masa sahaja untuk bersalin, aku gagahkan juga meninggal Farina bersama ibunya. Sedih dan pilu rasa hatiku tatkala aku melangkah kaki keluar dari rumah ibu mentua.

Walaupun sibuk dengan tugasan harian, aku tidak pernah lupa menghubungi isteri tersayang. Walaupun berjauhan kasih kami tetap subur.  Aku berazam selepas Farina bersalin, aku akan membawa Farina tinggal bersamaku di utara. Lagipun aku ingin berdikari tidak hanya mengikut telunjuk ibu mentua yang seolah-olah tidak mahu menerima kenyataan bahawa Farina sudah menjadi isteri orang. Aku tahu dia keseorangan kerana sejak kematian suaminya, 10 tahun yang lalu. Farinalah satu-satunya harta yang dia ada tetapi jika terus begini bagaimana nasib aku dan Farina.
Sedang aku asyik mengelamun, aku dikejutkan dengan bunyi telefon bimbitku. Terdengar suara ibu mentua dalam keadaan kelam kabut. Katanya Farina sedang berada dalam bilik bersalin. Katanya lagi Farina berada dalam keadaan bahaya kerana Farina mengalami tumpah darah yang teruk.
Aku segera pulang ke Johor Bahru untuk menemani isteriku yang kini berperang dengan maut. Dalam perjalanan tidak putus-putus aku berdoa moga-moga Farina dan anakku selamat.

Sesampai aku di hospital, kulihat ibu mentuaku tersandar di atas kerusi di luar wad dalam keadaan yang lemah. Kutanya bagaimana keadaan Farina dan anakku tetapi dia hanya menggelengkan kepala. Aku menjadi semakin tidak keruan.

Rupa-rupanya Farina telah pergi menyahut seruan Ilahi kerana mengalami tumpah darah yang teruk. Aku redha walaupun aku sebenarnya terkilan kerana tidak dapat bertemu dengan Farina buat kali terakhir. Dalam keadaan sedih, aku mengazankan anak lelakiku. Kunamakan anak kami, Mohd Lokman Hakim.

Selepas Farina selamat dikebumikan, ibu mentuaku berkeras hendak menjaga anak kami. Aku tidak bersetuju dengan keputusan ibu mentuaku. Itu anakku dan aku berhak menjaganya. Ibu mentuaku tetapi tidak mahu beralah dan apa yang membuatkan aku terkilan ialah dia menuduh aku suami yang pentingkan diri sendiri kerana meninggalkan isteri dalam keadaan sarat hendak bersalain semata-mata kerana mengejar wang.

Kes kami dibawa ke mahkamah dan akhirnya ibu mentuaku mendapat hak penjagaan ke atas anakku. Dia menggunakan khidmat anak saudaranya yang kebetulan merupakan seorang peguam. Sejak itu aku dihalau keluar dari rumah besar itu. Kini sudah genap 7 tahun kejadian itu berlaku. Aku tidak tahu di manakah anakku sekarna gkerana ibu mentuaku telah berpindah ke tempat lain tanpa pengetahuanku. Kini biarlah aku hidup keseorangan...

Disalin semula dari
MAJALAN MINGGUAN WANITA SEPTEMBER 2005

BACA JUGA
  • Blogger Comments
  • Facebook Comments

0 comments:

Post a Comment

Item Reviewed: HILANG KASIH ISTERI PUTUS KASIH ANAK Description: Rating: 5 Reviewed By: rahsia perkahwinan
Scroll to Top