728x90 AdSpace

ARTIKEL BARU

22 January 2015

HIKMAH BERISTIGHFAR : ISTERIKU SEKARANG POSITIF HAMIL


Disini kami ingin berkongsi sebuah kisah yang agak menarik… rasa rugi kalau tidak dikongsi dengan rakan-rakan… kisah nie berkait dengan istighfar… banyak rupanya kelebihan beristighfar nie… banyak juga yang hendak dicerita hehe… tapi, kami akan ambil satu cerita yang sangat menarik… cerita mengenai kelebihan mengamalkan beristighfar untuk berjaya hamil…

Dua orang sahabat sedang berehat, salah seorang sahabat sedang bersedih… lalu sahabatnya terdetik ingin bertanya… sebelum bertanya dia berdoa kepada ALLAH supaya menghilangkan kesusahan sahabatnya itu… lalu dia meminta sahabatnya tidak menyembunyikan masalahnya.

Selepas dirayu dia berkata, “wahai sahabatku Abu Mu’adz, terus terang aku nyatakan apa yang aku rasakan. Sebenarnya aku sudah berkahwin sejak sekian lama, namun ALLAH belum juga mahu mengurniakan kami zuriat keturunan. Aku berjumpa dengan ramai doktor, namun belum juga aku menemui penawar bagi kekusutan yang kami hadapi. Apakah agaknya jalan penyelesaian yang terbaik wahai Abu Mu’adz?”

Abu Mu’adz menjawab, “wahai sahabat, mari aku ceritakan kisah ajaib untukmu dari seorang yang boleh dipercayai”

Abu Mu’adz mula bercerita…

Disebutkan kisah, seseorang masuk ke masjid di luar waktu solat. Dia kelihatan sedang bersedih. Maka disapanya, “wahai anakku, mengapa engkau bersedih?”

Anak muda itu berkata, “wahai pakcik, aku sudah berkahwin sejak sekian lama, namun ALLAH belum juga mengurniakan kami anak supaya aku boleh bermain-main dengan mereka dan mereka bermain-main denganku. Tidak ada doktor di dunia yang tidak aku temui, namun masalahku tidak juga terungkai.”


Lelaki tua itu menyuruhnya duduk.

“Aku akan memberikanmu ubat dan ubat ini sukar untuk dilakukan. Namun aku bersumpah kepada ALLAH, itu adalah ubat.”

Anak muda itu bertanya, “apakah itu?”

Lelaki tua itu menjawab, “Engkau bangunlah satu jam sebelum solat subuh bersama-sama isterimu. Satu jam itu kamu bahagikan kepada dua bahagian. Setengah jam pertama adalah untuk qiyamullail dan setengah jam kedua untuk beristighfar, nescaya ALLAH azza wa Jallah mengurniakan kalian anak. Allah berpesan dalam surah Nuh ayat 10 – 12:

“Maka Aku katakana kepada mereka, “Mohonlah keampunan kepada Rabbmu, sesungguhnya Dia Maha Pengampun. Nescaya Dia akan mengirimkan hujan kepadamu dengan lebat dan membanyakkan harta dan anak-anakmu, serta mengadakan untukmu kebun-kebun dan mengadakan (pula di dalamnya) untukmu sungai-sungai.”

Anak muda itu menemui isterinya…

“Isteri yang ku cintai, segala puji bagi ALLAH, aku sudah temui penawar yang dicari-cari. Aku telah menemuinya, namun ia sukar sekali”

“Apa maksudmu? Penawar apakah itu?” isterinya bertanya

Si suami membaca surah Nuh ayat 10 -12 dan memberitahu isterinya…
“Kita perlu bangun satu jam sebelum subuh. Setengah jam kita pergunakan untuk solat dan setengah jam lagi kita pergunakan untuk istighfar, apakah engkau sedia melakukannya?” si suami bertanya

Isterinya menjawab, “sudah tentu, wahai suamiku, sebab itu adalah kalamullah”

“Lalu, bila kita akan mulakan?” Tanya suaminya

“Hari ini juga” kata isterinya

Semenjak hari itu, pasangan suami isteri ini terus melakukan qiyamullail dan beristighfar. Hanya selang 15 hari, sudah kelihatan tanda-tanda kehamilan pada isterinya. Si suami terus membawa isterinya berjumpa doktor. Selepas menjalani pemeriksaan perubatan, doktor mengesahkan isterinya hamil.

Abu Mu’adz mengakhiri cerita……
_______________________________________________________________________________

Kembali kepada Abu Mu’adz dengan sahabatnya…

Selepas sahabatnya mendengar kisah tadi, Abu Mu’adz tidak lagi menemuinya kecuali sebulan selepas itu. Demi Allah, Abu Mu’adz lihat diwajah sahabatnya ada cahaya iman dan dia sedang berada dipuncak kebahagiaan. Abu Mu’adz katakan kepadanya, “Masya’Allah, wajahmu memancarkan cahaya.”

Sahabatnya menjawab, “Alhamdulillah, semenjak hari itu wahai Abu Mu’adz, aku mengamalkan perubatan yang kamu cadangkan dan aku memberimu khabar gembira bahawa isteriku sekarang positif hamil.”

Abu Mu’adz juga pernah didatangi seorang pemuda yang sudah lebih tiga tahun berkahwin, namun mereka belum juga dikurniakan cahaya mata. Abu Mu’adz menceritakan kisah tadi kepada pemuda itu. Pemuda itu tahu, namun dia belum mempercayainya. Dia menemui isterinya dan menceritakan kisah itu.

Suatu hari, pemuda itu menemui Abu Mu’adz dan berkata “jazakallahu khairan, isteriku sekarang positif hamil padahal aku tidak melakukan amalan perbuatan apapun. Kerana kemiskinan, isteriku bangun sejam sebelum fajar, lalu mendirikan solat dan beristighfar. Sekarang dia positif hamil dan kami rasa sangat bahagia.”

Nota: kisah nie diambil dari buku “Dahsyatnya Energi Syukur, Istighfar, Muhasabah”, menurut penulis buku ini, kisah ini diambil dari makalah arab pada laman sesawang www.Islammessage.com SyurgaHati berharap kisah ini dapat memberi ketenangan kepada pembaca dan yakinlah kepada ALLAH. Insya’ALLAH akan ada Syurga di hati, sentiasa tenang dengan ketentuan ALLAH.(^_^)


Diambil dari blog : http://elyascool.blogspot.com/
  • Blogger Comments
  • Facebook Comments

0 comments:

Post a Comment

Item Reviewed: HIKMAH BERISTIGHFAR : ISTERIKU SEKARANG POSITIF HAMIL Description: Rating: 5 Reviewed By: rahsia perkahwinan
Scroll to Top