Breaking News

HATI-HATI LUAH MASALAH RUMAHTANGGA ANDA


Masalah memang tidak boleh dipendam sendiri. Sebaiknya ia diluahkan pada seseorang agar tidak menanggung tekanan sendirian bimbang akan terjadi pula masalah kemurungan.

Dalam meluahkan masalah yang dihadapi, wanita bagaimana pun harus berhati-hati terutama jika mahu berkongsi masalah rumah tangga atau perhubungan dengan suami. Bimbang jika ia diluahkan pada orang yang salah dan seterusnya mendapat nasihat yang tidak sepatutnya.

Lebih buruk daripada itu jika terluah pada rakan yang mulut tempayan, maka boleh jadi masalah rumah tangga anda bukan lagi rahsia sebaliknya diketahui oleh orang sekeliling.

Masalah rumah tangga mahu pun urusan peribadi bersama suami seharusnya menjadi rahsia pasangan, tidak sepatutnya ia dikongsi bersama rakan-rakan. Begitu juga perkara yang mengaibkan pasangan seperti keburukan dan kelemahannya. Agama sendiri meminta kita menghindari tindakan sedemikian.

Jadi bagaimana jika masalah rumah tangga tidak dapat diluah bagaimana hendak meredakan tekanannya. Tip berikut mungkin boleh membantu anda.

BERSABAR DAN TAHAN DIRI.
Lumrah kehidupan berumah tangga pasti ada badai dan geloranya. Apabila masalah timbul maka ruang perbincangan antara suami isteri perlulah dicari. Apa pun masalahnya hendaklah ia hendaklah dihadapi dan diselesaikan dibawah bumbung rumah tangga sendiri.

Kadang kala ada sikap pasnagan yang tidak disenangi. Rasa tidak senang ini boleh diluahkan asal kena cara dan waktunya. Namun apa yang sering kali berlaku adalah perkara sebegini terlebih dahulu diluahkan kepada rakan-rakan daripada pasangan sendiri. Akibatnya aib suami didedahkan.

Tindakan sebegini harus dielakkan. Sebelum meluahkan perasan dan menceritakan buruk laku pasangan kepada orang ketiga bersabarlah dan pujuk hati dengan mengingati kelebihannya berbanding keburukan dirinya.

BERDOA.
Sekiranya tidak mampu bersabar dengan masalah rumah tangga yang dihadapi maka sebelum meluahkannya kepada orang lain fikirkanlah kesannya kepada rumah tangga. Jika ia hanya memberi kesan negatif sebaiknya jangan dilakukan. Luahkan pada Yang Maha Esa, minta petunjuk darinya.


LUAHKAN PADA ORANG SESUAI.
Seandainya anda sudah bertekad untuk membaca masalah rumahtangga kepada orang lain seharusnya anda merujuknya pad aorang yang tepat. Boleh jadi seorang kaunselor dan boleh jadi juga sahabat anda sendiri.

Tapi bukan semua rakan boleh dijadikan tempat yang sesuai untuk mengadu masalah. Jika pada mereka tiada sifat amanah dan adil maka anda mungkin mengundang kesusahan.

Hal-hal rumahtangga yang diadukan kepada orang yang tidak amanah boleh jadi akan dikongsi dengan orang lain termasuklah yang tidak berkaitan. Seseorang yang tidak memiliki sifat adil pula akan memberi maklum balas yang dipengaruhi emosi. Ada kemungkinan rakan seperti ini akan mengusutkan lagi masalah rumah tangga yang dihadapi.

LETAKKAN SEMPADAN BILA BERCERITA.
Jika orang yang tepat untuk diadukan cerita sudah ditemui dan mempunyai sifat-sifat amanah adil dan boleh dipercayai tapi ingat tidak semua perkara boleh diluahkan kepadanya. Walaupun dirinya sahabat baik anda sendiri namun satu hal yang perlu diingat adalah dirinya tetapi orang luar dalam rumah tangga anda.

Orang itu rahsia rumah tangga yang mahu diceritakan kepadanya harus dibatasi kepada hal-hal yang berkaitan dengan masalah yang dihadapi. Tidak lebih dan tidak pula kurang. Jangan sampai hal-hal yang tiada kaitan turut diluah.

Selain itu tatkala meluakan masalah jangan sampai terpengaruh dengan emosi. Pengaruh emosi akan membuatkan seseorang itu bersikap tidak adil dan tidak jujur pada pasnagannya.

Biarlah hal-hal yang diceritakan itu sekadar yang perlu untuk membolehkan pihak ketiga tadi mengetahui masalah yang dihadapi dan memberi pandangan yang sesuai ataupun mencari cara untuk membantu. 

TIMBANGKAN PENYELESAIANNYA.
Masalah sudah diluahkan pada orang yang anda percayai namun tidak semestinya respon ataupun padangan yan gdiberikan harus anda terima bula-bulat. Sekiranya mereka memberi cadangan penyelesaian masalah rumah tangga, fikirkan terlebih dahulu baik buruknya. Tidak semestinya anda terus menerima apa yang dicadangkan.

Ambillah masa untuk memikirkannya kerana andalah yang mengetahui masalah rumah tangga anda dan pasangan anda sendiri. Sekiranya penyelesaian yang dicadangkan tersebut tidak sesuai dengan kehendak maka tolak pandangan mereka dengan kata-kata yang lembut.

Apa pun yang penting rahsia rumah tangga harus dijaga dengan baik. Jangan bercerita tentangnya tanpa sebab yang munasabah. Lakukan jika terpaksa dan demi kepentingan bersama. Itu pun ia harus dilakukan dengan penuh waspada supaya aib dan maruah keluarga terpelihara.

ALASAN BERTAHAN MESTI DERITA.
Ketika hubungan berdepan maslaah sama ada kecurangan, pembohongan dan konflik demi konflik ada wanita yang tetap saja sanggup meneruskan hubungan yang tidak sihat. Mengapa ya ada yang sanggup bertahan. Mungkin ini alasan mereka.

1. Takut memulakan hubungan baru, bimbang akan melalui masalah yang sama dengan pasangan baru.
2. Hubungan yang telah terjalin sudah cukup lama, terasa cukup sayang untuk diputuskan apatah lagi dengan kehadiran anak-anak. Mereka sanggup menelan segala derita.
3. Takut kesepian. Ketika mengakhiri suatu hubungan pasti yang akan terlintas di fikiran adalah sebuah kesepian. Tiada lagi seseorang yang menemani sehai-harinya.
4. Tetap menanam harapan bahawa pasangan akan berubah. Harapan inilah yang membuatkan mereka sanggup bertahan sungguh pun tidak diketahui bila.

sumber : MAJALAH MINGGUAN WANITA OGOS 2013


No comments