728x90 AdSpace

ARTIKEL BARU

08 January 2015

DOA DAN AMALAN UNTUK MEMPEROLEHI ANAK


Melalui perkahwinan, manusia akan dapat mengembangkan keturunan dan memenuhi ketenteraman jiwa kerana perkahwinan yang harmoni dan sesuai menurut tuntutan Ilahi, dapat memenuhi tuntutan biologi. Malah tujuan perkahwinan juga adalah untuk mendapatkan zuriat melalui ikatan sad disisi agama dan undang-undang. Namun, tidak semua pasangan suami isteri beroleh zuriat setelah berkahwin.

Ada sesetengah pasangan perlu mengambil masa yang lama untuk memperolehi zuriat dan ada juga yang tidak mempunyai zuriat sehingga tua disebabkan perkara-perkara tertentu. Tetapi perlu diingat bahawa semua yang berlaku itu adalah dengan izin ALLAH Ta'ala.



Oleh yang demikian mereka yang beriman dan percaya dengan ketentuan-NYA akan redha dengan segala apa yang terjadi terhadap diri mereka. Akan tetapi itu tidak bermakna kita hanya perlu akur dan berserah dengan apa yang terjadi tanpa berusaha bersuingguh-sungguh untuk memiliki zuriat. Dalam Islam terdapat tip atau amalan yang boleh diamalkan agar dipermudahkan mendapat zuriat yang baik dan soleh.
Pertama, bersangka baik dengan ALLAH Ta'ala serta berdoa dengan membaca ayat 38 dari surah Ali-Imran yang bermaksud :"Wahai Tuhanku! Kurniakanlah kepadaku dari sisi MU zuriat keturunan yang baik. Sesungguhnya ENGKAU sentiasa Mendengar (menerima) doa."
Al-Imam al Samarqandi meriwayatkan bahawa Nabi Zakaria as pernah merasakan baginda tidak akan mendapat zuriat sehinggalah baginda melihat anugerah ALLAH Ta'ala. Maka baginda menyakini bahawa ALLAH berkuasa mengurnaikan baginya anak. Tambahan pula baginda memegang amanah menjaga kunci rumah Qurban yang diwarisi turun-temurun. Keturunan dalam ayat ini bermaksud anak yang sihat sejahtera dan berakhlak.
Kedua, bersangka baik dengan ALLAH Ta'ala serta berdoa dengan ayat 89 dari Surah al-Anbiya yang bermaksud:"Wahai Tuhanku! Jangan ENGKAU biarkan daku seorang diri (dengan tidak meninggalkan zuriat) dan ENGKAU jua sebaik-baik yang mewarisi."
Ayat ini juga berkenaan dengan kisah Nabi Zakaria as untuk memperoleh anak yang baik bagi menyambung zuriatnya. Amalkan membaca doa ini bersama doa dalam surah Ali-Imran tadi untuk mendapat zuriat. Selain tiu berikhtiarlah dengan perkara-perkara yang dibenarkan syarak. Pasangan suami isteri juga dinasihatkan supaya memperbanyakkan sedekah, puasa sunat dan qiamullail untuk mendapat anugerah ALLAH Ta'ala yang hebat ini.

Hasil Penulisan Ustazah Siti Nor Bahyah Mahamood.
Disalin semula oleh RP daripada MAJALAH  HARMONI  MEI 2007


BACA JUGA
  • Blogger Comments
  • Facebook Comments

0 comments:

Post a Comment

Item Reviewed: DOA DAN AMALAN UNTUK MEMPEROLEHI ANAK Description: Rating: 5 Reviewed By: rahsia perkahwinan
Scroll to Top