728x90 AdSpace

ARTIKEL BARU

14 January 2015

MENGENALI PERIBADI LELAKI SEJATI


Lelaki sejati menjadi dambaan wanita, namun apakah sebenarnya erti lelaki sejati ini. Ini adalah pandangan kaum adam sendiri tentang ciri lelaki dan cara untuk mengenali lelaki sejati. Semoga ia dapat menjadi panduan bagi kaum wanita.

HORMAT DAN JAGA WANITA.
- Luqmanulhakim bin Abu Naim.

Lelaki sejati itu perlulah "straight" dan semuanya ada kaitan dengan wanita. Mereka juga perlu hormat dan jaga wanita. Diri mereka juga perlu lebih kepada "ladies man". Lelaki sejati juga boleh "survived". Ini bermakna jika dicampak ke mana sahaja pun mereka boleh hidup. Selain itu mereka juga perlu berkeyakinan tinggi dan tidak malu.

Lelaki sejati boleh dilihat dari segi dalamannya kerana untuk melihatnya dari segi fizikal agak sukar. Kita perlu mengenali seseorang itu dengan lebih mendalam kerana hanya dengan cara itulah kita dapat mengatakan lelaki itu sejati atau tidak. Jika kita menganggap lelaki itu sejati apabila melihat secara luarannya sahaja, memang tidak boleh kerana apa yang diluar mencerminkan apa di dalam.

BUKAN DILIHAT DARI TUBUH YANG SASA
- Mohd Rafie Sanan
Lelaki sejati bukan setakat dilihat dari segi tubuh badan yang besar atau sasa tapi dari pelbagai aspek. Kita boleh melihat kasih sayangnya terhadap orang sekeliling. Lelaki sejati itu juga bukan dilihat dari suaranya yang lantang tetapi kelembutan mengatakan sesuatu yang benar. Ia bukan dilihat dari segi jumlah sahabat atau pergaulan tetapi cara dia mempengaruhi orang untuk tertarik pada dirinya.

Jika dilihat dari segi perhubungan wanita akan melihat lelaki sejati dari segi bagaimana lelaki itu memahami perasaan wanita itu. Untuk menjadi lelaki sejati, seseorang lelaki itu perlu bertanggungjawab dalam setiap aspek kehidupan. Mereka juga perlu gentleman dan yang paling penting sekali, lelaki sejati itu perlu memiliki satu perwatakan yang boleh membuatkan orang menghormatinya.

PERLU ADA SIFAT KEPIMPINAN.
- Suhaimi Zulkifli.

Menilai lelaki sejati maka kita perlu lihat dari segi zahir, iaiti penampilannya mestilah berupa seorang lelaki. Lelaki sejati juga perlu mesti memiliki perwatakan dan "body gesture" seorang lelaki, bukannya lembut. Dari segi dalaman pula kit aperlu lihat dari segi dia berfikir atau kognitif sebagai seorang lelaki.

Ini bermaksud jika dia buat keputusan mesti menyebelahi seoran glelaki dan setiap keputusan terus terang dan berani. Lelaki sejati perlu memiliki kecenderungan terhadap jantina yang berlainan. Jika ia minat jantina yang sama, itu bukanlah lelaki yang sejati. Lelaki yang memiliki minat dan hobi kearah feminisme, bukanlah lelaki yang sejati. Trademark lelaki sejati ini adalah mereka sukakan aktiviti-aktiviti lasak.

Sifat memimpin perlulah ada dalam diri lelaki sejati kerana apabila dia sudah berkahwin, sudah pasti dia perlu memimpin keluarganya. Lelaki itu akan jadi dayus atau tidak bertanggungjawab jika tidak ada sifat kepimpinan.

BACA JUGA

Disalin semula oleh RP dari
MAJALAH MINGGUAN WANITA FEBRUARI 2011


  • Blogger Comments
  • Facebook Comments

0 comments:

Post a Comment

Item Reviewed: MENGENALI PERIBADI LELAKI SEJATI Description: Rating: 5 Reviewed By: rahsia perkahwinan
Scroll to Top