728x90 AdSpace

ARTIKEL BARU

09 January 2015

CINTA ISTERI HANYA CINTA MATERIAL...


Setiap kali ibunya yang sudah tua di kampung menyarakan hasratnya ingin melihat Hazim berkahwin, dia hanya akan memberikan jawapan, tunggu dulu. Kadang kala timbul juga rasa cemburu bila melihat rakan-rakannya berbahagia dengan pasangan mereka. Timbul persoalan mengapa mereka begitu mudah bertemu pasangan hidup? Mengapa pula jodohnya begitu payah?

Dirinya bukanlah tiada rupa sebaliknya dalam kategori agak kacak juga. Tapi entah mengapa belum ada wanita yang berjaya mengetuk pintu hati lelakinya. Sebenarnya sebelum ini Hazim pernah menemui wanita yang mempunyai ciri-ciri yang diidamkan namun percintaaan mereka terputus di tengah jalan. Hasrat untuk ke jinjang pelamin tidak kesampaian kerana rupa-rupanya hanya dia saja yang mencurahkan kasih sayang sedangkan wanita itu hanya mempergunakan dirinya demi untuk kesenangan. Kecewa dengan keadaan tersebut membuatkan Hazim serik untuk bercinta. Sejak itu, jika ada wanita yang ingin mendekati dia awal-awal lagi akan menjauhkan diri.

Namun setakat mana Hazim mampu mengelak. Naluri lelakinya akhirnya tertawan apabila satu ketika bertemu dengan Liana, gadis lemah lembut yang diperkenalkan oleh salah seorang rakannya. Tanpa disangka daripada rakan biasa akhirnya hati Hazim dan Liana bersaru seterusnya mengambil keputusan mengakhiri zaman bujang masing-masing.

Seperti pasangan suami isteri lain yang menginginkan rumah tangga berkekalan dan bahagia selamanya, Hazim juga menanam hasrat yang sama. Apatah lagi dia sudah memperoleh wanita yang sempurna buat dirinya. Semua yabng ada pada Liana menepati ciri-ciri isteri yang diinginkannya.

Sepanjang perkenalan tiada kurangnya Liana. Orangnya cantik, berbudi bahasa dan juga sangat menghormati orang tua. Tapi betullah kata orang jangan menilai sesuatu daripada luarannya sahaja. Apa yang dilihat oleh Hazim setelah beberapa bulan berumah tangga cukup berbeza. Sikap sebenar Liana terserlah.



Dia tidak seperti apa yang dulu hingga Hazim merasakan dirinya tertipu. Liana pernah berkata bahawa di tidak kisah dengan kemewahan dan harta benda. Asalkan Hazim membahagiakan dirinya dia akan setia disisi. Namun kata-kata itu dusta semata-mata.

Saat syarikat yang dimiliki Hazim menghadapi masalah kewangan hingga terpaksa ditutup Liana pula menunjukkan perangainya. Liana yang sudah terbiasa hidup senang selama ini mula mengungkit perkara yang bukan-bukan.

Jika permintaaanya tidak dituruti dia mula mengamuk. tapi kerana sayangkan isterinya Hazim bertahan. tapi kerana sayangkan isterinya Hazim bertahan. Dipujuk jua isterinya dan dimakbulkan juga apa yang diingini walaupun terpaksa berkira-kira. tapi dalam keadaan kewangan yang semakin menghimpit selama mana dia dapat bertahan dengan kerenah Liana yang asyik meminta.

Ada masanya rajuk isterinya dibiarkan kerana Hazim tidak dapat mengotakan keinginnya. Bila berlaku beberapa kali, Liana mula mengadu nasibnya dan ketidak mampuan Hazim pada ibubapanya. Mengetahui tentang perkara ini keegoaan Hazim tercabar. Hati lelaki mana yang tidak tercalar bila isteri mengungkit bahawa suami sendiri tidak mampu memenuhi keinginannya.

Sejak itu bermulalah episod pertengakaran dalam rumahtangga Hazim. daripada perkara emeh sehinggalah kepada perkara yang besar, keduanya asyik bertegang urat. Jika dulu Liana hanya pandai merajuk kini sikapnya lebih dari itu. Dia sudah berani melawan kata Hazim, malah lari dari rumah jika marah. Sesekali berlaku Hazim mungkin boleh tahan, tetapi jika sudah selalu hatinya mula panas.

Ibu bapa Hazim dan Liana yang menyedari konflik rumahtangga anak mereka mula campur tangan. Namun itu bukannya mampu menenagkan mereka sebaliknya membuatkan situasi bertambah panas. Masing-masing menuding jari menyalahkan antaran satu sama lain.

Menyedari nasihat daripada ibu bapa tidak membuahkan hasil akhirnya Hazim sedar hanya perpisahan sahaja yang boleh dilakukan bagi memastikan dia dan Liana tidak lagi bermusuhan.

Setelah merenung jauh dan berfikir semasak-masaknya akhirnya Hazim sedar Liana sebenarnya tidak jauh bezanya daripada bekas teman wanitanya dahulu. Keduanya hanya mementingkan kemewahan daripada kasih sayang sejati. Entah kenapa dia ditakdirkan bertemu dengan wanita sebegini. Mungkin inilah namanya ujian Tuhan buat dirinya.

Merasakan tiada jalan penyelesaian selain daripada perpisahan, Hazim terpaksa melafazkan talak buat Liana. Hati Hazim agak berat ketika melakukannya, namun dia sedar mereka perlu berpisah untuk bahagia. Jika ada jodoh mungkin mereka dapat bersama semula di kemudian hari.

Disalin semula oleh RP dari
MAJALAH MINGGUAN WANITA MARCH 2010
  • Blogger Comments
  • Facebook Comments

0 comments:

Post a Comment

Item Reviewed: CINTA ISTERI HANYA CINTA MATERIAL... Description: Rating: 5 Reviewed By: rahsia perkahwinan
Scroll to Top