Breaking News

BILA SUAMIKU KACAK MACAM MODEL


Biasanya pasangan yang baru berkenalan atau baru memulai perhubungan baik yang rasmi seperti ikatan perkahwinan atau sekadar kenalan biasa. Ada kriteria atau kayu ukur yang menentukan kesudahan perkenalan atau hubungan tersebut. Apakah hanya sekadar "hi" perhubungan sepuluh minit atau berkekalan ke anak cucu.

Kriteria utama walaupun ramai yang mungkin tidak setuju atau tidak mengaku, tentulah paras rupa atau tubuh badan. Tanyalah mana-mana lelaki pun, pasti paras rupa yang molek, tubuh yang seksi atau perwatakan yang menarik menjadi idaman. Soal "Beauty with brain" itu sekadar "lips service" atau hanya di bibir saja. Hakikatnya rupa paras tetap kriteria nombor satu.

Saya bercakap daripada pengalaman bercinta dengan lelaki, baik kenalan sekolah yang dikenal bertahun-tahun mahupun yang golongan intektual yang berpendidikan. Saya akui saya sendiri memang memiliki perwatakan dan rupa paras yang menarik. Alhamdulillah saya bersyukur dengan nikmat ALLAH Ta'ala yang memberi saya apa yang ramai wanita idamkan hingga pernah merasa riak pada suatu ketika dulu. Hinggalah kematian sepupu saya yang merupakan cinta pertama saya menyedarkan saya yang satu hari nanti tubuh dan rupa paras saya yang digilai ramai lelaki ini akan hancur dimamah tanah.

Kalau boyfriend, saya memang memilih yang berpendidikan kerana memikirkan masa depan. Akhirnya dikabulkan juga mendapat suami yang berpendidikan dan rupa paras yang menarik. Malah beliau pernah menjadi model.

Kini perkahwinan kami mencecah sepuluh tahun pada tahun ini. Suami saya sering berterus terang dan kami selalu berbincang dan berdebat dari hati ke hati. Memang beliau mengaku paras rupa yang menarik itu penting demi mengekalkan hubungan suami isteri tapi mesti diikuti dengan sikap yang sabar dan penyayang.

Suami saya walaupun dah nak masuk 40 tahun tapi selalu merasa beliau masih kacak dan beliau punya ekspektasi yang tinggi agar saya juga terus menjaga badan dan rupa paras. Tak semua orang kelihatan muda selalu tapi kalau tengok suami tak kacak, wang banyak mana pun muak juga. Dah siang malam menghadap muka sama. Lainlah kalau ada suami kedua atau ketiga...

Jadi ini menjadi cabaran untuk saya terus menjaga kejelitaan. Tapi tak perlu habis wang beribu-ribu. Kejelitaan itu datang dari hati yang ikhlas dan bersih, air wuduk yang selalu disapu dimuka dan disinilah "beauty with brain" memainkan peranan. Saya sering meningkatkan ilmu pengetahuan agar boleh dibawa berbincang soal ekonomi, politik, sukan atau apa saja. Taklah harap rupa saja cantik. Suami saya yang kacak ini meninggalkan dunia modelnya setelah menyambung pengajian di peringkat sarjana dimana saya bertemu beliau dan kini kami sama-sama buat ijazah kedoktoran.

Kalau orang lihat kami berbincang secara akademik, ada yang kata macam tak jumpa lagi kat rumah. Padahal kami macam belangkas. Di pejabat sarapan bersama makan tengah hrai bersama. Di rumah itu utusan keluarga pula. Buat kajian dan tulis artikel pun bersama.

Kalau dah hampir 24 jam bersama, disinilah perlu rupa kacak dan personaliti menarik. Kalau tidak sama-sama bosan. Suami mengakui suka lihat saya berpakian cantik, saya sering ditegur jika berpakaian selekeh. Malah dia sering menemani saya membli baju. Kadang-kadang kasut pun dibelikan. Saya tak kisah sebab 'taste" suami memang "vogue" juga. Kadang-kadang itu saya ikutkan saja kalau suami mahu lihat saya bergaya, apalagi kalau ada majlis rasmi. Yang bangga bukan orang lain, suami kita juga. Kita melawa pun bukan untuk orang lain, untuk suami.

Tapi yang berangan yang bersuami kacak kena berfikir dua kali juga. Apakah suami kita benar-benar ikhlas dengan rupa paras kita yang tak setanding dengannya? Bukan apa, takut satu hari dia mula rasa bosan dan cari yang lebih menarik.....

Kalau ALLAH beri rupa paras yang kurang menarik perundahkanlah akhlak kita dengan rasa sabar dan jangan busuk hati. Hiasi diri bukan dengan aksesori tapi dengan keimanan dan ketakwaan.

Penulisan Puan Zunie.
Dipetik dari Majalah Wanita Julai 2004
www.rahsiaperkahwinan.com

No comments