Breaking News

BAGAIMANA MENJADI SUAMI IDAMAN ISTERI?


Suami Idaman. Payah ke nak jadi suami idaman seorang isteri? Perlukah seorang suami berbadan berketak-ketak 6 petak untuk menjadi suami yang dibanggai oleh isteri? Atau seorang suami perlu pandai memasak 100 jenis lauk pauk untuk menawan kalbu seorang isteri? Atau si suami wajib sediakan sebuah kereta Proton Suprima S Premium dan sebuah rumah teres corner lot untuk isteri dalam usaha meraih kebahagiaan berumahtangga?

Menjadi Suami Idaman? 
Serius, susah sebenarnya melaksanakan misi menjadi seorang suami idaman andai kita selalu tewas dengan pujuk rayu bisikan syaitan yang tak pernah putus asa merosakkan hubungan suami isteri. Ada saja yang tak kena di mata seorang suami mahupun seorang isteri. Masak telur dadar terlebih masin pun, kadang-kadang boleh menaikkan amarah seorang suami yang mudah hilang kesabaran dan pertimbangan. 

Bagaimana caranya seorang lelaki boleh menjadi seorang suami idaman kepada isterinya? Jom kita pakat perbaiki diri untuk menjadi seorang suami yang lebih baik. InsyaALLAH, baik diri kita, baiklah rumahtangga kita. Ameen.

1. Ego suami biar bertempat. 
Lelaki dan ego memang susah nak dipisahkan. Lumrah, lelaki liat bab-bab meminta maaf. Mereka rasa lemah jika mengaku kesilapan mereka. Di sinilah pentingnya kebijaksaan seorang suami. Hanya suami yang bijak akan berjaya! Bila bergaduh, jika isteri memang jenis suka dipujuk (biasanya isteri memang suka dipujuk-pujuk), suami perlulah memulakan langkah pertama bertindak memujuk. Isteri fitrahnya suka dipujuk, dibelai dan dimanjai. Gunakanlah elemen-elemen ini untuk menjernihkan keadaan. Kalau tak reti berkata-kata, keluar sekejap, pergi beli coklat untuk isteri tanda suami berusaha memujuk. Usaha itu penting! 

2. Tambah ilmu tentang wanita. 
Lelaki dan wanita memang 100% berbeza secara fizikal, mental dan minat masing-masing. Ilmu menawan hati wanita memang perlu dipelajari. Suami kadang-kadang banyak kali terlepas pandang. Isteri dah 2-3 sebut pasal durian. Suami buat tak tahu jer. Buat-buat tak dengar. Apa salahnya, balik kerja nanti, belikan 3 biji durian untuk isteri. Suprise gitu! Begitulah juga perlunya suami memahami perubahan bentuk isteri selepas bersalin 5 anak. Takkan nak harap bentuk badan masih tip top macam takde anak? Suami pun dah bonyot, rambut gugur. Agak-agaklah… 


3. Menawan emosi isteri. 
Memang payah untuk kita mengubah kebiasaan seseorang tapi lebih mudah kita berusaha untuk ubah diri sendiri. Jika sebelum ni kita jarang pakai perfume sebelum tidur, pakailah sikit. Kasi wangi ketiak tu. Barulah kembang kempis hidung isteri punya suami yang sentiasa wangi. Ini tak. Balik main badminton, dengan peluh masih tak kering…sedap-sedap baring atas tilam. Isteri mana tak tarik muka. Percayalah! Isteri memang suka yang wangi-wangi. 

4. Gunakan kelebihan akal yang diberi.
Lelaki biasanya memang suka dan bangga dengan fakta yang mereka dikurniakan dengan ’9 akal 1 nafsu.’ Maka, ada bagusnya gunakanlah akal yang 9 itu dengan penuh kelicikan dan bijak untuk mengawal nafsu yang 1. Wanita yang dibekalkan kekayaan emosi memang akan cair akhirnya dengan pujuk rayu seorang suami. Jangan asyik ingat nafsu yang 1 saja. Pandai-pandailah guna untuk kebaikan rumahtangga! 

5. Tahu dan tunaikan hak-hak isteri sebaiknya. 
Paling terkejut sekarang ialah kes seorang suami yang ‘mengajar’ isterinya di dalam lif. Cukup menyedihkan! Inikah hak sebenar yang wajar diterima oleh seorang isteri? Waima si isteri berbuat salah sebesar gunung sekalipun, itu bukan jalannya! Allah telah sediakan jalan yang dibenci tapi dibenarkan di sisiNYA. Hak-hak seorang isteri perlulah ditunaikan sebaik mungkin oleh seorang suami. Ingatlah, mereka amanah yang Allah pinjamkan kepada kita yang bernama suami. Belilah buku berkaitan untuk tambah ilmu rumahtangga.

SUMBER : http://www.hafizmohd.com/

No comments