728x90 AdSpace

ARTIKEL BARU

22 January 2015

BAGAIMANA KALAU NAFSU BERKURANGAN



Soalan:

Setelah kira-kira 14 tahun mendirikan rumah tangga, saya dan isteri sudah semakin jarang bersama. Minat saya terhadap aktiviti tersebut semakin menurun. Ada menyarankan saya mengambil ubat perangsang. Adakah hal ini benar dan tidakkah ubat tersebut akan memudaratkan kesihatan?

Jawapan:
Hubungan intim suami isteri sama seperti makan dan minum, ia mustahak untuk kehidupan. Ia adalah salah satu daripada lima nafsu semula jadi yang Tuhan kurniakan kepada manusia. Hubungan intim merupakan aktiviti yang hanya dapat dilakukan dengan pasangan. Sekiranya anda berdua sama-sama tidak berminat melakukannya, anda tidak perlu berbuat apa-apa.

Tetapi sekiranya isteri berkehendak, sudah menjadi kewajipan anda untuk memberikannya. Jika anda mendapati fungsi seksual sudah bermasalah, tidak dapat mencapai ereksi walaupun sudah teruja dengan pasangan, ini menandakan darah tidak cukup masuk ke dalam otot alat kelamin anda. Ini adalah masalah kesihatan dan perlu dikendalikan dengan berjumpa doktor dan bukan sekadar makan ubat perangsang sahaja.

Masalah sekarang, kebanyakan lelaki bergantung dengan ubat perangsang tanpa menjalani pemeriksaan kesihatan. Ubat tersebut dijual secara rambang dan mengandungi ramuan yang tidak diketahui kandungannya. Jika kebetulan ada racun atau ubat larangan di dalamnya sudah tentu yang mengambilnya akan bermasalah.

Berjumpalah dengan doktor bertauliah untuk menjalani pemeriksaan kesihatan dan dapatkan rawatan jika benar-benar mempunyai masalah ereksi. Tidak perlu berasa malu kerana masalah kesihatan perlu dirawat segera.

SUMBER : MAJALAH PAMA

  • Blogger Comments
  • Facebook Comments

0 comments:

Post a Comment

Item Reviewed: BAGAIMANA KALAU NAFSU BERKURANGAN Description: Rating: 5 Reviewed By: rahsia perkahwinan
Scroll to Top