Breaking News

APABILA ISTERI LEBIH DOMINAN


Seringkali dalam keluarga, wanita bersikap terlalu dominan. Misalnya sebagai penentu pada suatu keputusan, pencari nafkah utama atau pendidik utama anak. Sepatutnya seorang lelaki yang harus mengawal dan mengetuai keluarga.

Justeru lelaki sebagai suamai tetap ketua rumah tangga dan tentu ada tugas yang tidak dapat diberikan begitu sahaja kepada isteri. Idealnya pasangan suami isteri harus ada pembahagian tugas dan kewajipan yang sesuai kemampuan serta keperluan. Ada beberapa faktor yang menyebabkan isteri menjadi lebih dominan.

SUAMI LEMAH
Ada kemungkinan isteri geram dengan sikap suami yang dianggap lemah. Mungkin sikap demikian kerana pola pendidikan yang salah daripada ibu bapanya atau suami terbiasa dimanjakan sehingga sangat bergantung kepada orang lain.

SIKAP.
Isteri yang bersikap dominan secara semula jadi seperti keras hati dan tidak mahu mengalah, sikap ini semakin buruk jika suami tidak mampu mengimbanginya. Misalnya apabila suami bersikap lemah, mengalah dan menyerahkan semua keputusan dan tindakan kepada isteri.

KESAN KEPADA ANAK.
Sikap isteri yang dominan boleh memberik kesan buruk kepada perkembangan anak. Ini menyebabkan anak membesar menjadi seornag yang tergantung dan tidak dapat melakukan sesuatu tanpa bantuan ibunya dalam segala hal. Semua tindakan itu tanpa disedari menyebabkan anak menjadi seorang yang tidak mampu hidup berdikari dan bergantung sepenuhnya kepada orang lain.


Kesan buruk lain anak lebih memuja ibunya yang dianggap serba boleh dan cenderung meremehkan ayahnya. Apabila mengalami kesulitan dia memint abantuan ibu, bukan ayah dan ini menyebabkan kewibawa ayah tidak bermakna pada mata anak.
Sikap wanita yang lebih dominan mungkin hanya disedari lelaki apabila mereka hidup bersama. Ketika bercinta "kelemahan" ini tidak begitu ketara kerana biasanya sikap prihatain, toleransi dan bertimbang rasa masih besar. Tetapi apabila berkahwin semua kelemahan itu terserlah. Panduan berikut mungkin boleh membantu anda mengatasinya.

Jika sikap dominan isteri kerana suami lemah atau bersikap sambil lewa.
Jangan membiasakan melayan semua kehendak suami, sehingga membuat suami "naik lemak" dan terbiasa melepaskan tanggung jawab kepada isteri.

Berikan peluang kepada suami untuk membuat keputusan.

Ajaklah suami berbincang mengenai masalah dan tanggungjawab keluarga kerana dia ketua rumah.

Beri sokongan kepada suami untuk berfikir dengan bijaksana agar dia berasa yakin dan dihargai.

Bila isteri lebih dominan kerana sikap semulajadi.
Ajaklah isteri berbincang. Mungkin isteri tidak menyedari "kelebihannya". Jangan berasa malu atau ego kerana jika keadaan ini tidak diatasi segera boleh menjejaskan kewibawa dan harga diri suami.

Ambil alih secara perlahan-lahan apa yang seharusnya anda(suami) lakukan, terutama yang berkaitan kebajikan keluarga.

Tetap hargai apa yang dilakukan isteri, namun jelaskan kepadanya bahawa suami mempunyai tanggungjawab besar dibanding isteri. Paling penting seimbangkan dengan kemampuan dan pemikiran matang serta bijaksana.

Disalin semula oleh RP dari
MAJALAH JELITA JANUARI 2011

No comments