Breaking News

APA SALAH SUAMI...?

Dalam konflik rumah tangga, sesetengah isteri akan rasa lebih bersalah, kerana jiwanya yang lembut dan sering mengalah. Walaupun kesalahan dan perbalahan itu berpunca dari sikap suami yang terlalu ego dan tidak mahu menerima kelemahan diri. Disebabkan itulah para isteri sanggup mengetepikan perasaan dan hati sendiri, asalkan perbalahan dapat menemui jalan damai.

Sejujurnya sukar untuk mengubah pendirian dan hati nurani seorang suami, agar mudah menerima kelemahan dan kesalahan. Namun hakikat yang perlu diperakui oleh para suami adalah, anda perlu bersikap sabar, memahami dan sentiasa pemurah dengan kasih sayang. Sekiranya sikap lama masih dikekalkan,keluarga bahagia yang diharapkan hanya akan tinggal kenangan.


Untuk kebahagiaan kita bersama, sembilan gambaran ringkas tentang kesalahan-kesalahan penting seorang suami ini boleh dijadikan panduan.

1. Mencari-cari kekurangan dan kesalahan isteri.
Para suami juga tidak digalakkan untuk meninggalkan isterinya dalam masa yang lama. Hal ini dikhuatiri akan menimbulkan perasaan kurang senang dengan kekurangan pada isterinya. Dan barang siapa mencari aib saudaranya sendiri, Allah juga akan mencari aibnya.

Maka, hendaklah seorang suami itu bersabar dan menahan diri dari kekurangan yang ada pada isterinya, sepertimana sabda Rasulullah SAW
“Bersikap baiklah kepada para isteri. Kerana mereka tercipta dari tulang rusuk. Dan tulang rusuk yang paling bengkok adalah bahagian atas. Jika kamu hendak meluruskannya nescaya kamu akan mematahkannya. Dan jika kamu biarkan maka dia akan tetap bengkok. Maka bersikap baiklah kepada para isteri.” (Muttafaqun’alaih)

Dan ingatlah sabda Rasulullah s.a.w “Janganlah seorang suami yang beriman membenci isterinya yang beriman. Jika dia tidak menyukai satu akhlak darinya, dia pasti meredhai akhlaknya yang lain.” -Hadis Riwayat Muslim

2. Hukuman tidak sesuai kesalahan.
Ia termasuk di dalam bentuk kezaliman terhadap isteri. Di antara bentuk hukuman yang zalim itu adalah:

- Menggunakan pukulan di tahap awal pemberian hukuman. Padahal ALLAH SWT telah berfirman,“Wanita-wanita yang kamu khuatirkan nusyuz-nya, maka nasihatilah mereka dan pisahkanlah mereka di tempat tidur mereka dan pukullah mereka.”- Surah An Nisa’:34

- Mengusir isteri dari rumah tanpa ada sebab secara syar’i. ALLAH SWT berfirman yang ertinya: “Janganlah kamu keluarkan mereka dari rumah mereka dan janganlah mereka (diizinkan) ke luar kecuali mereka mengerjakan perbuatan keji yang terang .” Surah Ath Thalaq:1

- Memukul wajah, mencela dan menghina. Ada seseorang yang datang bertanya kepada Rasulullah, apakah hak isteri ke atas suaminya? Baginda menjawab, “Dia (suami) memberinya makan jika dia makan, memberinya pakaian jika dia berpakaian, tidak memukul wajah, tidak memburuk-burukkan dan tidak memboikot kecuali di dalam rumah.” - Hadis Riwayat Ibnu Majah


3. Kedekut memberi nafkah.
Sesungguhnya kewajiban suami adalah memberi nafkah kepada isteri, sepertimana yang ditetapkan di dalam al-Quran.

“Dan kewajiban ayah memberi makan dan pakaian kepada para ibu dengan cara maaruf.”  Surah Al-Baqarah:233

Isteri berhak mendapat nafkah, kerana dia telah menjadi halal untuk disenangi, dia telah mentaati suaminya, tinggal di rumahnya, mengatur rumahnya, mengasuh dan mendidik anak-anaknya.
4. Remehkan aurat isteri. Inilah antara penyakit yang semakin tersebar di kalangan kaum Muslimin. Mereka membiarkan keindahan dan kecantikan isteri dinikmati oleh orang lain. Serta membiarkan isterinya bergaul dengan mana-mana lelaki dan menampakkan auratnya ketika keluar dari rumah. Malah, lebih membimbangkan, para suami turut berasa bangga apabila isterinya tampak cantik dan sering dipuji oleh orang ramai.
5. Sikap keras, kasar, dan berlembut.
Rasulullah s.a.w telah bersabda: “Mukmin yang paling sempurna adalah yang paling baik akhlaknya. Dan sebaik-baik kalian adalah yang paling baik terhadap isteri-isterinya.” (Riwayat Tirmidzi,)

Maka hendaknya seorang suami itu berakhlak baik terhadap isterinya, dengan bersikap lembut, dan menjauhi sikap kasar. Di antara bentuk sikap lembut seorang suami itu adalah, bergurau senda, menyuapkannya makan dan memanggilnya dengan panggilan yang mesra.

Sumber Rujukan : Majalan Nur


No comments