728x90 AdSpace

ARTIKEL BARU

08 January 2015

AMALAN UNTUK IBU YANG MENGANDUNG


Bagi ibu yang mengandung, persediaan rohani dan adab penting semasa mengandung bagi menetukan tingkah laku anak yang bakal dilahirkan sama ada baik ataupun sebaliknya. UNtuk mendapatkan anak yang baik dan soleh terdapat amalan yang patut diamalkan oleh kedua-dua ibu bapa anak itu sendiri iaitu :

1. Memperbanyakkan taubat dan istighfar.
Ibu bapa yang banyak melakukan taubat dan istighfar ALLAH Ta'ala sentiasa mengasihi dan merahmati kedua-duanya dan juga segala isi dalam rumah tangga termasuk anak dalam kandungan.

2. Berpuasa sunat.
Khusus untuk suami, banyak berpuasa sunat atau sekurang-kurangnya seminggu dua kali atau sehari pada hari Isnin dan Khamis atau salah satu daripada hari hari berkenaan atau pada hari-hari putih (12,14 dan 15bulan Hijrah). Perlu diingatkan amalan puasa sunat cuma digalakkan dilakukan oleh suami atau bapa (bagi anak) sahaja seperti mana dilakukan oleh Nabi Zakari as. Bagi ibu, sekiranya tidak memberi kesan kepada kesihatan bayi dalam kandungan bolehlah diamalkan jika perlu.

3. Tidak bercakap yang sia-sia.
Ketika isteri sedang mengandung, suami seboleh-bolehnya tidak bercakap yang sia-sia, lebih-lebih lagi yang boleh mendatangkan dosa seperti mengumpat, memfitnah dan sebagainya. Sebaliknya basahilah lidah dengan berzikir dan bertahmid atau bercakap yang mendatnagkan faedah.



4. Banyak membaca al-Quran.
Secara umumnya elok membaca al-Quran dengan semua surah, tetapi disini Ustazah mengkhusukan surah-surah yang dibaca serta kesannya.

Surah al-Fatihah
- untuk menerangkan hati dan menguatkan ingatan.

Surah Maryam
- untuk memudahkan ibu bersalin dan memperoleh anak yang sabar dan taat.

Surah Luqman
- untuk memperoleh anak cerdik akal dan cerdik jiwa.

Surah Hujurat
- Untuk memperbanyakkan susu ibu dan anak bersifat berhati-hati.

Surah Yaasin
- Untuk ketenangan hati dan anak tidak terpengaruh dengan godaan syaitan yang mengajak kepada maksiat.

Surah Taubah
- Untuk membersih jiwa dan terpelihara daripada maksiat.

Surah an-Nahl
- Untuk melahirkan anak yang berdisiplin.

5. Banyak Berdoa
Sentiasa berdoa agar ALLAH Ta'ala mengurniakan anak yang soleh atau solehah. Sekurang-kurangnya setiap lepas sembahyang bacalah doa khusus bagi ibu yang sedang mengandung.

Penulisan oleh Ustazah Nor Bahyah Mahamood
Disalin semula oleh RP daripada MAJALAH HARMONI  MEI 2007

BACA JUGA


  • Blogger Comments
  • Facebook Comments

0 comments:

Post a Comment

Item Reviewed: AMALAN UNTUK IBU YANG MENGANDUNG Description: Rating: 5 Reviewed By: rahsia perkahwinan
Scroll to Top