Breaking News

ADA APA RAHSIA DISEBALIK CIUMAN?

Setiap pasangan mendambakan sentuhan daripada orang yang dicintai walaupun sudah lama berumah tangga. Oleh itu saat bermanja dengan pelukan dan ciuman atau cumbuan sentiasa membuatkan si dia rasa tenang dan dicintai. Ciuman tidak semestinya menjurus pada ghairah dan hubungan intim. Justeru terdapat pelbagai jenis ciuman yang mempunyai maksud tersirat.

Berikan ciuman bibir terbaik untuknya. Berikut adalah ciuman yang didambakan wanita dari pasangannya dan erti ciuman sang suami seperti yang dilaporkan di dalam Indian Sutra.


CIUMAN GHAIRAH
Berikan ciuman yang penuh ghairah pada si isteri. Tatap matanya dan sudutkan ke tembok. Jangan biarkan dia menukar posisi anda. Berciumlah dengan ghairah kerana ia mampu memberi efek ketagihan pada wanita dan mereka sangat suka ciuman ghairah seperti ini.


CIUMAN KEJUTAN
Kejutkan si dia dengan ciuman ghairah saat dirinya sedang serius menonton tv atau sibuk fokus pada komputer. Mungkin anda akan dimarahi kerana mengganggunya namun setelah anda melakukannya dia tidak fokus lagi dengan apa yang sedang dilakukan. Percayalah kejutan seumpamanya sangat diingini wanita.

CIUMAN SAAT MARAH
Saat anda dan pasangan bertengkar dek urusan rumah tangga, cuba tenangkan pasangan dengan mencium bibirnya sebagai tanda berdamai atau maaf anda padanya. Buangkan ego anda dan bertindaklah dengan mencium dia. Meskipun dia menolak kerana marah, tapi nyata sekali ia perkara boleh meredakan ketegangan.

CIUMAN SAAT MAKAN
Tahukah anda sesetengah makanan boleh mencetuskan keghairahan? Justeru itu, cubalah berseronok dengan pasangan dengan mencium bibirnya saat dia menikmati makanan yang dianggap "seksi" seperti coklat dan ais krim.

FAKTA UNIK MENGENAI CIUMAN
1. Ciuman bukan sahaja menjurus soal nikmat semata-mata. Terdapat fakta-fakta lain yang unik mengenai ciuman.
2. Orang Mesir lazimnya cium dengan menggunakan hidung dan bukannya bibir.
3. Pada abad pertengahan pasangan di Itali yang dilihat berciuman dipaksa berkahwin.
4. Berciuman boleh mencegah kedutan di wajah. Ini terjadi kerana otot-otot wajah lebih aktif saat berciuman.
5. Setelah berciuman, bisikkan padanya adakah dia menikmati ciuman itu? Di dalam fikiran kaum lelaki pada saat itu, adalah ingin mengetahui pasnagannya menyukai gaya icumannya. Berkomunikasi dengan pasangan saat berciuman dapat memberi motivasi memberi ciuman yang terbaik.

Sumber Rujukan ; MAJALAH HARMONI Disember 2013


No comments