728x90 AdSpace

ARTIKEL BARU

03 January 2015

8 PETUA MENJADI SUAMI SEMPURNA


Berikut ini sejumlah hal yang sebaiknya dibaca dan dilakukan lelaki untuk menjadi suami sempurna di mata isteri.

1. MENGERTI PENTINGNYA PERKAHWINAN.
Bila anda sungguh-sungguh ingin menjadi suami atau pasangan seumur hidup, maka camkan dalam fikiran anda untuk melakukan apa pun agar perkahwinan tetap terjaga utuh.

2. JAUHKAN SI PENGGANGGU.
Jauhkan orang-orang yang akan mengganggu perkahwinan anda. Anda dan pasangan kini menjadi satu dan jika secara konsisten ada orang lain yang tidak menghormati pasangan ertinya ia sedang berusaha merosak perkahwinan anda.

3. MENGERTI TUGAS SEBAGAI KETUA KELUARGA.
Menjadi kepala keluarga, menjaga keharmonian rumah tangga dan keluarga merupakan tanggungjawab anda. Bila anda percaya pada ALLAH, maka anda akan selalu percaya sekiranya anda taat pada ALLAH maka ALLAH akan membantu anda dalam mengambil keputusan tepat pada keluarga.

4. KESAN KEPUTUSAN ANDA.
Keputusan yang anda ambil akan meninggalkan kesan bukan sahaja pada sendiri, tetapi juga pada keluarga. Jadi tanamkan pada diri anda untuk selalu mengambil keputusan positif demi keluarga.

5. MEMAAFKAN.
Maafkanlah diri sendiri untuk kesalahan di masa lalu dan tanamkan pada diri untuk melakukan segala hal dengan benar sehingga anda mampu mengambil keputusan yang lebih baik.

6. JUJUR & TERBUKA.
Bersikaplah jujur dan melakukan hal yang benar bagi diri sendiri dan isteri untuk berbagai masalah. Bahkan disaat anda melakukan kesalahan, pasangan dan orang lain cenderung akan lebih memaafkan dan menghargai bila anda selalu bersikap jujur dan berterus terang.

7. DENGARKAN ISTERI DENGAN TULUS 
Sebahagian besar wanita memang gemar berbual. Bila seorang isteri sedang bercerita pada umumnya ia hanya ingin didengar dan dimengertikan. Ia tidak selalu memerlukan cadangan anda sebagai suaminya. Yang ia perlukan adalah pengakuan, pengertian dan tentu saja cinta.

8. URUS DAN RAWAT KELUARGA.
Lindungi keluarga anda. Ingat anda adalah ketua rumah tangga. Bila anda ingin dihormati sebagai ketua keluarga, anda harus mampu memperlihatkan sikap yang pantas untuk dihormati dan mengurus keluarga dengan baik.

Disalin semula oleh RP dari
>> MAJALAH NONA SEPTEMBER 2009
  • Blogger Comments
  • Facebook Comments

0 comments:

Post a Comment

Item Reviewed: 8 PETUA MENJADI SUAMI SEMPURNA Description: Suami gagah perkasa, Lelaki gagah untuk isteri. Rating: 5 Reviewed By: rahsia perkahwinan
Scroll to Top