Breaking News

8 LELAKI YANG AKAN WANITA JAUHI



Kaum Adam adalah pelengkap dan pelindung bagi kaum wanita. Namun, ada beberapa jenis lelaki yang wanita jauhi dek kerana personaliti mahupun tabiat mengjengkelkan. Nah, 8 jenis lelaki yang punya sebab wanita menjauhi daripada didekati.

1. Lelaki Meminta-minta
Mereka ini mempunyai sifat terlalu rendah diri dan tidak percaya diri walhal keyakinan dan sifat berdikari dalam diri lelaki dianggap seksi bagi wanita. Semua perkara tidak mampu untuk dilakukan sendiri.

2. Lelaki Mudah Dijangka
Lelaki begini takut untuk membuat kejutan istimewa kepada pasangan kerana bimbang perancangan tidak menjadi. Hidup dengan lelaki begini semestinya membosankan!

3. Lelaki Rengus
Ego dan hanya mementingkan diri sendiri! Tiada guna jika dia hanya bersikap baik kepada anda namun sangat menjengkelkan terhadap orang lain.



4. Lelaki Mata Keranjang
Sesungguhnya, wanita tidak pernah senang apabila pasangannya sibuk menjeling wanita lain ketika keluar berdua. Terlalu ramah dan bergurau senda tanpa mempeduli perasaan anda menjadikan anda makan hati.

5. Lelaki Kedekut
Bukan segunung permata mahupun berlian yang dipinta, tetapi apa salahnya sekali sekala bunga menjadi pengganti jiwa?

6. Lelaki Kaki Gaduh
Jejaka jenis ini sering membawa setiap topik dan perbincangan kepada pertengkaran mulut yang tiada penghujungnya.

7. Lelaki Perasan Bagus
Mereka menganggap apa yang mereka lakukan adalah lebih baik daripada orang lain.

8. Lelaki Pembenci Wanita
Jejaka dari golongan ini sentiasa memandang negatif mengenai wanita, contohnya mereka menganggap wanita tidak mampu untuk berdikari dan lemah.

No comments