728x90 AdSpace

ARTIKEL BARU

14 January 2015

7 TIPS MENCARI SUAMI MITHALI


Manusia diberi kebebasan untuk memilih pasangan hidupnya. Dalam mencari pasangan hidup untuk bersama seumur hidup ini, setiap wanita perlu berhati-hati. Biarpun tidak memilih lelaki yang sempurna, namun sekurang-kurangnya lelaki pilihan itu memiliki sesetengah sikap yang tertera ini. Jika lelaki pilihan tersebut memiliki sebahagian besar dari sikap ini, sekurang-kurangnya dia mampu menjadi suami yang baik untuk anda berlindung sepanjang hayat.

1. Kuat Agamanya.
Biar sibuk sekalipun, solat fardu tetap terpelihara. Utamakanlah lelaki yang taat terhadap agamanya. Utamakanlah pemuda yang jujur membimbing dan memlihara iman anda biarpun kedudukan kewanganya sederhana sahaja. Kebendaan dan kekayaan boleh anda cari bersama.

2. Baik Akhlaknya.
Ketegasannya nyata tetapi dia lembut dan bertolak-ansur hakikatnya. Sopan tutur kata gambaran peribadi dan hati yang mulia. Rasa hormatnya pada warga tua ketara. Mudah di bawa berbincang dan bukan lelaki yang terlalu banyka rahsia dan misteri.


3. Bertanggungjawab.
Rasa tanggungjawabnya dapat diukur kepada sejauh mana dia memperuntukkan dirinya untuk ibu bapa dan ahli keluarganya. Jika ibubapanya hidup melarat sedang dia hidup hebat, nyata dia tidak bertanggungjawab.

4. Pemurah tetapi tidak boros.
Dia bukanlah kedekut tapi tahu membelanjakan wang dan harta dengan bijaksana. Setiap nikmat yang ada dikongsi bersama mereka yang berhak. Di a bukan hanya pemurah dengan anda, tetapi juga keluarganya dan keluarga anda juga. Jika dia sedemikian jelas sekali dia lelaki yang budiman.

5. Rakan pergaulannya.
Kata orang kawan biar seribu. Namun anda perhatikan rakan-rakannya yang rapat terdiri daripada golongan yang bagaimana. Sebolah-bolehnya biarlah rakan-rakan pergaulannya adalah mreka yang sentiasa mendorong ke arah kebaikan dan menyemai nilai-nilai positif. Sebaik-baik teman adalah teman yang soleh.

6. Tenang wajahnya.
Apa yang tersimpan dalam sanubari kadang-kadang terpancar pada air muka. Wajahnya tenang, setenang sewaktu dia bercakap dan bertindak bermakna dia juga mempunyai minda dan hati yang sedemikian.

7. Tidak liar matanya.
Perhatikan riaksi matanya apabila melihat perempuan lain yang lalu lalang di hadapannya. Jika mata asyik memandang liar perempuan disekelilingnya, dia bukanlah calon yang sesuai dijadikan suami.

BACA JUGA.
>>> 7 CARA MUDAH KEMPISKAN PERUT BUNCIT <<<


Disalin semula oleh RP daripada
MAJALAN PENGANTIN MAC 2008
  • Blogger Comments
  • Facebook Comments

0 comments:

Post a Comment

Item Reviewed: 7 TIPS MENCARI SUAMI MITHALI Description: Rating: 5 Reviewed By: rahsia perkahwinan
Scroll to Top