Breaking News

7 SENJATA SULIT ISTERI MEMIKAT SUAMI


Sebagai seorang isteri, pernahkah anda tahu bahawa anda sebenarnya mempunyai beberapa senjata 'sulit' yang dianugerahkan Tuhan untuk memikat dan merangsang suami anda?

Apabila anda tahu apakah senjata-senjata sulit di tubuh anda itu, tahukah pula bagaimana anda menggunakannya untuk 'menundukkan' suami anda agar terus jatuh cinta kepada anda?

Sebagai seorang isteri kita sebenarnya mempunyai pelbagai keistimewaan yang membolehkan kita memikat hati suami berlandaskan apa yang ada pada diri kita.
Mungkin kita pernah terfikir, sebagai seorang lelaki, suami anda sebenarnya mahukan 'kelainan' dari tubuh anda, sedangkan sebaliknya, mereka sebenarnya lebih suka dengan apa yang dikatakan keindahan asli daripada tubuh isteri mereka.
Jadi tidak perlulah kita sebagai isteri membahayakan diri melakukan pembedahan plastik semata-mata untuk mendapatkan tubuh yang 'maha mengancam' pada pandangan suami.


Berikut diberikan tujuh perkara utama yang boleh menjadi senjata sulit isteri memikat suami.

Selepas isteri tahu apakah senjata-senjata berkenaan, silalah gunakan dengan sepenuhnya untuk memikat hati suami anda, terutama apabila anda mengetahui dan dapat melihat jauh di lubuk hati lelaki yang bergelar suami terdapat satu daerah lembut di dalam hati mereka yang mengidamkan kecantikan dalaman kita yang asli.

Tidak syak lagi kini, si isteri itu sebenarnya adalah cantik dan memberahikan pada mata suami. Terpulang kepada isteri menggunakan kebijaksanaannya dan apa yang ada pada dirinya untuk memikat hati suaminya.

1. Rambut
Rambut umpama mahkota kepada kaum wanita, ia juga sebenarnya boleh dijadikan sumber tarikan tersendiri sebagai daya pemikat isteri yang asli. Rambut isteri yang ikal mayang, bersih, berkilat dan berbau harum adalah sumber pemikat utama kepada suami. Rambut yang berbau harum dengan haruman syampu yang digunakan akan menyebabkan suami suka membelai dan melalukan jari-jemari ke dalamnya ketika bersama.
2. Mata - Tuhan menganugerahkan mata yang bersinar kepada isteri. Tidak semestinya mata itu bulat, bundar, sepet atau kuyu. Mata sebenarnya boleh memuntahkan inspirasi cinta dan cerita. Pandangan mata juga boleh memberikan 1001 perasaan yang tidak dapat digambarkan. Suami boleh jadi 'cair' dengan pandangan isteri. Renungan isteri yang mendalam dan menggetarkan jiwa si suami boleh menyebabkan golongan Adam ini akan kehilangan ungkapan untuk ditafsirkan, bak kata, ''sayang, saya rasa seolah-olah melayang ketika melihat ke dalam matamu."
3. Kulit
Kulit adalah satu anugerah kepada wanita. Permukaannya yang licin, lembut, gebu dan bersih serta mulus adalah menjadi dambaan setiap suami ingin menyentuhnya. Justeru, jaga kulit badan anda agar sentiasa bersih agar ia rasa selesa apabila disentuh suami.

4. Tulang selangka dan lengkung leher
Daerah ini amat menjadi perhatian kepada suami apatah lagi menjadi tempat yang paling mulus untuk menjadi tempat singgahan ciuman suami dan ia juga sebenarnya daya penarik semua wanita.

5. Sekitar pusat
Bayangkan bahagian di sekitar pusat anda juga sebenarnya menjadi satu tempat yang amat memberangsangkan suami. Cuma di sini tentulah perlu selalu dijaga kebersihannya dan pusat anda akan lebih indah sekiranya anda kekal 'langsing' dengan pinggang terbentuk.

6. Lentuk liuk tubuh
Ini bukan satu perkara yang dibuat-buat. Lentuk liuk tubuh isteri yang manja ketika bersama suami sebenarnya adalah satu daya penarik yang boleh menggoda si suami. Ini termasuklah cara kita melenggang ketika berjalan, potongan punggung, saiz belakang badan dan sebagainya. Bersyukurlah, tubuh kita sebagai isteri ada segalanya untuk menghangatkan bibit-bibit kemesraan bersama suami.
7. Payu dara
Ops, ini kalau tidak diterangkan pun semua orang tahu. Secara fizikalnya, tidak kiralah apa saiznya, sama ada kecil atau besar pihak suami pasti suka melihat di bahagian ini. Bukan sekadar melihat, suami juga sebenarnya suka menyentuhnya untuk berbuat apa sahaja kerana sebenarnya pada fikiran mereka, ini juga sesuatu yang menjadi hak 'milik' mereka.
sumber : Utusan Malaysia


No comments